Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga S’pura tidak perlu isi kad ketibaan digital masuk M’sia

Dec 05, 2023 | 06:56 PM



Warga Singapura yang melancong ke Malaysia tidak perlu mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC), yang akan diwajibkan mulai 1 Januari bagi pelawat asing yang lain.

“Semua warga Singapura akan dikecualikan (daripada mengisi kad digital),” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Disember.

Menjelaskan langkah tersebut, beliau berkata terdapat sejumlah warga Singapura yang memasuki Malaysia hampir setiap hari. Oleh itu “adalah lebih realistik bagi kami untuk mengecualikan mereka”.

Pelawat asing lain yang dikecualikan termasuk pemegang pasport diplomatik, penduduk tetap Malaysia, pemegang Sijil Identiti Am Brunei, dan pemegang Pas Sempadan Thailand.

Mengisi MDAC buat masa ini boleh dilakukan secara sukarela, tetapi pelawat asing yang masuk ke Malaysia digalakkan berbuat demikian.

Pelaksanaan rasmi MDAC pada asalnya dijadualkan bermula pada 8 Disember, namun pelawat asing kini diberi tempoh tangguh hampir sebulan.

Datuk Saifuddin berkata lintasan sempadan Malaysia dengan Singapura adalah antara yang paling sibuk di dunia, dengan sekitar 135 juta transit melalui lintasan itu setiap tahun, angka yang dijangka meningkat kepada 150 juta pada 2026.

Pengecualian untuk warga Singapura adalah bagi semua pintu masuk, dan bukan hanya di pintu masuk selatan di Johor, tambahnya.

Sebelum ini Berita Harian melaporkan bermula 1 Disember 2023, semua pelawat ke Malaysia, termasuk dari Singapura, diwajibkan mengisi MDAC.


Singapura kini merupakan penyumbang tertinggi kepada ketibaan pelawat asing di Malaysia, dengan 4,537,550 ketibaan direkodkan sehingga Julai 2023.

MDAC perlu disiapkan dalam tempoh tiga hari sebelum pelawat asing tiba di Malaysia.

Mereka perlu mengisi butiran peribadi, termasuk nama, kewarganegaraan serta butiran pasport mereka, selain tarikh ketibaan dan berlepas, di laman web MDAC.

Mereka juga perlu menunjukkan pasport dan MDAC yang lengkap kepada pegawai imigresen yang bertugas semasa ketibaan.

“Sama seperti rakyat Malaysia yang ingin pergi ke negara jiran, Singapura – kami perlu mengisi (borang) dua hingga tiga hari sebelum ini – kini kami melaksanakan perkara yang sama untuk pelawat asing ke Malaysia, dan kami membenarkan tempoh tangguh sehingga 31 Disember, ” kata Datuk Saifuddin.

Beliau menambah langkah memperkenalkan kad digital itu adalah untuk memastikan keselamatan. 

“Maklumat pada kad itu akan memberi kami maklumat penting tentang lokasi pelawat asing.

“Ini adalah langkah penting untuk kami menjejaki keberadaan mereka. Ini bukan perkara baru. Negara lain turut melaksanakan perkara ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >