Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga S'pura yang diuji negatif bagi koronavirus meninggal dunia di Batam

Feb 27, 2020 | 01:36 PM



BATAM/JAKARTA: Pihak berkuasa kesihatan Batam melaporkan kematian seorang lelaki warga Singapura berusia 61 tahun yang pada mulanya disyaki menghidap koronavirus Covid-19 tetapi kemudian diuji negatif.



Lelaki itu, Encik Alias Ali, meninggal dunia pada 22 Februari di Hospital BP Batam yang merupakan pusat rujukan bagi jangkitan koronavirus, lapor media Indonesia.



Sebelum itu, beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Awal Bros pada 20 Februari.



Pesakit itu dilaporkan telah mengalami gejala penyakit yang serupa dengan koronavirus, tetapi Agensi Kesihatan Batam melaporkan lelaki itu kemudian diuji negatif bagi Covid-19.



Seorang jurucakap Hospital Awal Bros, Cik Cynthia Latuma, berkata doktor di unit kecemasan hospital itu mendapati pesakit itu mempunyai demam dan kesesakan nafas lalu dibawa ke Hospital BP Batam.



"Beliau baru sahaja pulang dari Singapura, dan beliau mempunyai demam. Kami menganggap bahawa beliau mungkin menghidapi koronavirus tetapi kami tidak pasti dan untuk mengurangkan risikonya, kami menghantar beliau ke Hospital BP Batam yang merupakan hospital rujukan buat virus itu," kata Cik Cynthia.



Pesakit itu mempunyai seorang isteri warga Indonesia yang tinggal di Batam, dan mereka mempunyai dua anak perempuan, lapor The Jakarta Post.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >