Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Keluarga ketua biro Al Jazeera pula antara korban serangan tentera di Gaza

Wartawan Reuters terbunuh ketika buat liputan di sempadan Lebanon

Oct 27, 2023 | 12:15 PM



BEIRUT: Pergi buat selama-lama ketika menyahut panggilan tugas – merakam dengan penuh keberanian serangan yang berlaku di medan perang.


Encik Issam Abdallah, 37 tahun, wartawan visual agensi berita, Reuters, terbunuh pada Jumaat ketika Israel melancarkan serangan peluru berpandu di sempadan Israel-Lebanon.


Manakala serangan udara tentera penceroboh Israel di tengah Gaza pada Selasa turut meragut nyawa anggota keluarga terdekat ketua biro Al Jazeera di Gaza, Encik Wael al-Dahdouh.

Sebelum itu, Encik Wael bersama keluarganya melarikan diri ke kem Nuseirat di tengah Gaza selepas tentera penceroboh Israel memberi amaran kepada penduduk di utara wilayah itu supaya segera berpindah.

“Malam itu pesawat perang Israel mengebom rumah keluarga Wael al-Dahdouh, di kem pelarian Nuseirat, di tengah Gaza, membunuh ahli keluarganya, termasuk isteri, anak perempuan dan anak lelakinya,” lapor agensi berita WAFA.


Rangkaian media antarabangsa, Al Jazeera mengutuk sekeras-kerasnya penyasaran dan pembunuhan orang awam di Gaza, termasuk anggota keluarga wartawan veterannya, Encik Wael.


Encik Wael disifatkan sebagai tulang belakang liputan serangan Israel di Gaza bagi stesen penyiaran antarabangsa itu.

Manakala Encik Issam pergi dengan membawa bersamanya semangat keberanian, belas ihsan dan wawasan pada saat meliputi beberapa berita terpanas sejak sedekad lalu.

Antaranya termasuk peperangan menentang ISIS di Syria dan Iraq, pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan pertempuran senjata di jalanan di negara asalnya Lebanon.

Rakan-rakan setugasnya menyatakan rakaman lensanya begitu baik – memaparkan derita mereka yang hidup di tengah-tengah malapetaka.

“Tugas bertahun-tahun dengan Reuters membuat liputan konflik dan peperangan di pelbagai rantau menyedarkan saya bahawa gambar yang dirakam bukan sekadar mengenai barisan hadapan dan asap, bahkan kisah tragis manusia yang menyentuh hati kita semua,” tulisnya kepada editor pada 2022 selepas tugasan penuh sukar di Ukraine.


Encik Abdallah telah dicalonkan sebagai Wartawan Video Reuters 2020 atas liputan luar biasa mengenai letupan pelabuhan Beirut, yang memberikan dunia beberapa imej pertama dan terbaik mengenai kejadian itu.

Beliau juga adalah sebahagian daripada anggota pasukannya yang memenangi anugerah pada 2022 untuk liputan mereka di Ukraine.

“Beliau mempunyai semangat untuk menceritakan kisah yang terbentang di depan mata menerusi lensanya,” kata Editor Video Reuters bahagian Eropah, Cik Eleanor Biles.


Semasa melaporkan di beberapa tempat paling berbahaya di dunia, Encik Abdallah bekerja keras dan penuh hati-hati bagi memastikan keselamatan dirinya dan rakan sekerja,” kata Cik Ellen Francis, wartawan Washington Post, yang pernah bekerja untuk Reuters.


Bagi Encik Labib Nasir, Ketua Penerbit Visual Reuters bahagian Timur Tengah dan Afrika Utara, Encik Issam berada pada tahap terbaiknya untuk membuat liputan saat-saat huru-hara selepas letupan pelabuhan Beirut 2020, yang memusnahkan sebahagian besar bandar dan merosakkan pejabat Reuters.


Beliau suka membawa rakan sekerja bersama-sama, sering memesan hidangan sarapan pagi yang besar untuk seluruh pejabat, kata seorang rakan sekerjanya.

Encik Issam telah dikebumikan pada Sabtu di kampung halamannya Khiyam di selatan Lebanon. Beliau meninggalkan seorang ibu, dua abang dan seorang kakak.

Tentera Lebanon mendakwa beliau terbunuh akibat peluru berpandu yang dilancarkan Israel.

Tentera Israel berkata ia akan menyiasat. Reuters menyerunya untuk menjalankan siasatan “teliti, pantas dan telus”, dan berkata adalah “sangat penting bagi wartawan untuk dapat melaporkan dengan bebas dan selamat”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >