Washington desak singkir Presiden Cuba dalam rundingan dua hala

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Washington desak singkir Presiden Cuba dalam rundingan dua hala

Mar 18, 2026 | 2:18 PM

Washington desak singkir Presiden Cuba dalam rundingan dua hala

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
washinton, singkir, presiden cuba, rundingan
Seorang wanita menjual lilin semasa gangguan bekalan elektrik di Havana, Cuba, pada 17 Mac 2026. Cuba berdepan krisis tenaga yang serius sejak pertengahan 2024, manakala sekatan minyak oleh Amerika Syarikat yang bermula Januari lalu telah hampir melumpuhkan ekonomi negara itu serta mencetuskan ketegangan sosial yang semakin meningkat. - Foto EPA

WASHINGTON/HAVANA: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan sedang berusaha menyingkirkan Presiden Cuba, Miguel Díaz-Canel, daripada kuasa sebagai sebahagian daripada rundingan antara kedua-dua negara mengenai masa depan pulau Caribbean itu.

Menurut beberapa sumber yang mengetahui perbincangan tersebut kepada The New York Times, Washington memberi isyarat kepada pihak Cuba bahawa Encik Díaz-Canel perlu digantikan, namun tidak mengemukakan tuntutan secara terbuka.

Langkah itu dilihat sebagai usaha untuk menukar kepimpinan tanpa menjatuhkan keseluruhan sistem pemerintah komunis yang telah berkuasa lebih enam dekad di negara itu.

Pentadbiran Trump dilaporkan tidak menyasarkan keluarga Fidel Castro - dinasti politik yang memimpin Cuba sejak Revolusi 1959 dan masih mempunyai pengaruh besar dalam struktur kuasa negara itu, sebaliknya mahu memaksa perubahan secara berperingkat.

Beberapa pegawai Amerika percaya penyingkiran Encik Díaz-Canel boleh membuka ruang kepada reformasi ekonomi yang lebih luas, memandangkan beliau dilihat sebagai pemimpin berpendirian keras.
Langkah itu juga berpotensi memberi kemenangan simbolik kepada Trump di peringkat domestik, dengan menunjukkan bahawa beliau berjaya menyingkirkan pemimpin kerajaan kiri yang lama menjadi lawan Washington.

Dalam rundingan tersebut, Amerika turut menekan Cuba supaya membebaskan tahanan politik serta menyingkirkan pegawai lama yang masih setia kepada ideologi Fidel Castro.

Washington juga berusaha mendorong Havana membuka ekonominya kepada pelabur dan syarikat Amerika, sekali gus meletakkan asas kepada hubungan ekonomi yang lebih rapat. Namun, pemerintah Cuba belum memberikan sebarang komen rasmi mengenai perkara itu.

Encik Díaz-Canel, 65 tahun, menjadi presiden sejak 2018 dan merupakan pemimpin pertama yang bukan daripada keluarga Castro sejak revolusi 1959.

Walaupun memegang jawatan tertinggi, beliau sering dianggap sebagai pemimpin simbolik dengan kuasa sebenar masih berada di tangan elit politik dan ketenteraan, termasuk konglomerat perniagaan tentera GAESA.

Sepanjang pemerintahannya, Cuba berdepan krisis ekonomi serius yang menyaksikan penghijrahan besar rakyat serta protes besar-besaran pada 2021, yang ditangani dengan tindakan keras.

Sumber menyatakan pihak Cuba bersetuju bahawa kepimpinan Encik Díaz-Canel menjadi isu, namun berhati-hati untuk memastikan sebarang perubahan tidak dilihat sebagai tunduk kepada tekanan Washington.

Amerika turut memberi isyarat bahawa sebarang perjanjian sukar dicapai selagi beliau kekal memegang jawatan.

Pada masa sama, pentadbiran Encik Trump terus meningkatkan tekanan dengan menyekat import minyak ke Cuba, yang telah menyebabkan gangguan bekalan tenaga dan pemadaman elektrik berpanjangan.
Dalam satu sidang media, Encik Díaz-Canel menyalahkan sekatan tenaga oleh Amerika sebagai punca utama krisis negara itu. “Pemeritah bukan puncanya, revolusi bukan puncanya. Puncanya adalah sekatan tenaga yang dikenakan ke atas kami,” katanya.

Jika perubahan berlaku, cucu kepada Raul Castro, Raul Guillermo Rodríguez Castro, dilihat berpotensi memainkan peranan penting di belakang tabir, manakala seorang pemimpin lain mungkin dilantik sebagai wajah rasmi pemerintah.

Penganalisis berpendapat penyingkiran Encik Díaz-Canel lebih bersifat simbolik berbanding perubahan struktur sebenar.

Namun, ia berpotensi membuka ruang kepada “penetapan semula” hubungan antara Amerika dan Cuba selepas bertahun-tahun ketegangan.

Seorang bekas pegawai Majlis Keselamatan Negara Amerika, Encik Ricardo Zuniga, menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang logik. “Kapten akan tenggelam bersama kapal, dan kapal ini memang sedang tenggelam,” katanya.

Walaupun begitu, terdapat pandangan bahawa perubahan kepimpinan semata-mata tidak mencukupi tanpa reformasi menyeluruh terhadap sistem politik dan ekonomi Cuba. Ketika rundingan berterusan, masa depan kepimpinan Cuba kekal tidak menentu, dengan tekanan dari luar dan cabaran dalaman terus membentuk hala tuju negara itu. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg