Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WHO rayu $113j bantu mangsa gempa Turkey, Syria

Feb 19, 2023 | 05:30 AM



GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 18 Februari, merayu bagi dana AS$84.5 juta ($113 juta) untuk menampung keperluan kesihatan mangsa gempa bumi di Turkey dan Syria.



Bencana alam itu telah mengakibatkan lebih 45,000 orang terkorban, menyebabkan jutaan lain kehilangan tempat tinggal dan mencetus usaha bantuan antarabangsa besar-besaran.



"Rayuan bantuan itu menggariskan keadaan kesihatan di kededua negara menyusuli bencana kemanusiaan ini, ancaman utama kepada kesihatan, respons WHO sejak gempa berlaku dan perkara yang perlu diutamakan semasa menangani kesan gempa ke atas kesihatan di kededua negara," kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dalam kenyataannya.



Pertubuhan bantuan di kededua negara berkata mangsa di kededua negara memerlukan bantuan bagi beberapa bulan yang akan datang, dengan banyak prasarana musnah.



Rayuan WHO itu diterbitkan menyusuli rayuan PBB pada 17 Februari bagi dana lebih AS$1 bilion bagi menampung operasi bantuan di Turkey.



Ia juga sedang merayu mendapatkan dana AS$400 juta bagi tujuan serupa di Syria.



Angka korban di Turkey kini melebih 45,000, menjadikan gemba ini bencana alam paling buruk dalam sejarah moden negara itu.



Angka ini dijangka terus meningkat kerana sekitar 264,000 apartmen runtuh semasa gempa berlaku dan ribuan orang masih belum ditemui.



Di negara jiran, Syria, yang bergelut dengan perang saudara sejak sedekad yang lalu, pihak berkuasa melaporkan sekitar 6,000 kematian, walaupun angka korban itu belum berubah dalam beberapa hari.



Kebanyakan kematian di Syria berlaku di wilayah barat daya negara itu.



Kawasan itu dikuasai oleh pemberontak yang menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad - konflik yang merumitkan usaha menyampaikan bantuan kepada mangsa.



Dalam pada itu, masjid-masjid di serata dunia, pada 17 Februari, menunaikan solat jenazah ghaib bagi mangsa korban di Turkey dan Syria.



Banyak pasukan penyelamat antarabangsa telah meninggalkan zon gempa yang besar, tetapi masih ada orang yang diselamatkan dari runtuhan.



Pada 17 Februari, pasukan penyelamat mengeluarkan tiga orang yang masih hidup dari runtuhan di Turkey, 11 hari selepas gempa melanda. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >