Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WHO sebulat suara terima pakai perjanjian pandemik

May 20, 2025 | 11:52 AM
Tedros Adhanom Ghebreyesus, WHO
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, membentangkan laporan dalam Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva pada 19 Mei. - Foto AFP

GENEVA: Perhimpunan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 20 Mei dijangka menerima pakai perjanjian penting bagi menangani pandemik masa depan selepas jawatankuasa tertingginya sebulat suara meluluskannya.

Teks perjanjian itu dimuktamadkan pada April selepas tiga tahun rundingan yang agak tegang.

Keputusan tersebut merupakan kejayaan bagi WHO ketika ia cuba mengimbangi pemotongan belanjawan yang drastik dengan tanggungjawabnya untuk bertindak balas terhadap pelbagai krisis kesihatan di merata dunia.

Perjanjian Pandemik WHO itu bertujuan mencegah pada masa hadapan tindak balas bercelaru dalam menangani penularan Covid-19 di peringkat antarabangsa dengan meningkatkan penyelarasan global, pengawasan pandemik dan akses kepada vaksin.

Kelulusan perjanjian pada 19 Mei membuka jalan untuk penerimaan rasminya oleh Perhimpunan Kesihatan Sedunia, yang berfungsi sebagai badan pembuat keputusan WHO.

Pengerusi jawatankuasa itu, Menteri Kesihatan Namibia, Encik Esperance Luvindao, mengumumkan bahawa ia telah menerima pakai ketetapan itu dengan 124 undi tanpa sebarang penentangan.

Sebanyak 11 negara berkecuali, termasuk Iran, Israel, Italiy, Poland dan Russia.

Ketua WHO, Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata ekoran keputusan itu, negara dunia kini boleh bekerjasama untuk menangani “ancaman yang ditimbulkan oleh patogen dan virus potensi pandemik”.

Beliau berkata perjanjian itu akan memastikan negara dunia bekerja lebih baik, lebih pantas dan lebih saksama “untuk mencegah dan bertindak balas terhadap ancaman pandemik seterusnya”.

Amerika Syarikat menarik diri daripada rundingan perjanjian pandemik selepas keputusan Presiden Donald Trump menarik balik negaranya daripada menganggotai WHO.

“Dalam masa ketegangan geopolitik dan perubahan seismik yang semakin meningkat, perjanjian ini bukti bahawa dunia masih tetap bersama,” kata Cik Precious Matoso dari Afrika Selatan.

Perhimpunan itu, yang berlangsung sehingga 27 Mei, dibuka pada 19 Mei di bawah tekanan bajet berikutan keputusan Amerika tidak membayar yuran keahlian WHO bagi 2024 dan 2025, sambil menggantung hampir semua bantuan asingnya, termasuk sokongan penting untuk projek kesihatan di seluruh dunia.

Isu mengurangkan bilangan kakitangan dan operasi pertubuhan itu adalah latar belakang yang suram kepada perhimpunan yang terpaksa bergelut dengan kekurangan AS$1.7 bilion ($2.20 bilion) dalam perbelanjaannya bagi 2026 hingga 2027.

Kekurangan pembiayaan dan pembekuan Washington terhadap bantuan antarabangsa, adalah yang paling penting dalam pundak para perwakilan. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg