Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Xi hubungi Zelensky pertama kali sejak perang

Apr 28, 2023 | 05:30 AM



ISTANBUL: Presiden China, Encik Xi Jinping dalam perbualan telefon pertamanya pada Rabu sejak Russia melancarkan perang ke atas Ukraine tahun lepas memberitahu rakan sejawatannya dari Ukraine Encik Volodymyr Zelensky bahawa China akan menghantar wakil khas ke negara itu.



Panggilan telefon berlangsung selama sejam antara Encik Xi dan Encik Zelensky itu menggalak rundingan damai Ukraine-Russia dan antara lain bagi menyelaras rundingan damai antara Russia dan Ukraine.



Encik Xi turut mengulangi pendirian China mengenai krisis Ukraine bahawa 'China sentiasa memilih keamanan'



"China akan menghantar Wakil Khas Pemerintah China mengenai Hal Ehwal Eurasia ke Ukraine dan negara-negara lain untuk berkomunikasi secara mendalam dengan semua pihak mengenai penyelesaian politik krisis Ukraine".



"China konsisten dan jelas dalam kesediaannya untuk membangunkan hubungan dua hala dengan Ukraine.



"Dua pihak perlu meneruskan tradisi saling menghormati dan ikhlas dan menggerakkan perkongsian strategik China-Ukraine," kata Encik Xi kepada Encik Zelensky, menurut Jurucakap Kementerian Luar China, Encik Hua Chunying.



"China tidak mencetuskan krisis Ukraine dan juga bukan pihak yang terlibat dalam krisis.



"Sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan negara utama yang bertanggungjawab, China tidak akan berdiam diri dan tidak akan memburukkan lagi keadaan, kurangkan mengeksploitasi keadaan untuk keuntungan diri sendiri," kata Presiden China itu kepada Encik Zelensky.



Menekankan dialog dan rundingan sebagai "satu-satunya cara yang berdaya maju ke hadapan, Xi berkata:



"Semua pihak diharapkan serius memikirkan krisis Ukraine dan bersama-sama meneroka cara untuk membawa keamanan dan kestabilan yang berkekalan ke Eropah melalui dialog." katanya.



Bagi pihaknya, Encik Zelensky berkata perbualan telefonnya dengan Xi "panjang dan bermakna."



"Saya berbual panjang dan bermakna dengan pemimpin China Xi Jinping. Saya percaya perbualan itu, serta pelantikan Duta Besar Ukraine ke China, akan memberi dorongan kuat kepada perkembangan hubungan dua hala kami," tulis Encik Zelensky di Twitter.



Sementara itu, Moscow menghargai kesediaan China memulakan proses rundingan dan Washington, Paris serta Brussels menyifatkannya sebagai perkembangan yang baik.



"Sama ada ini akan menjurus kepada sesuatu yang bermakna dari segi pelan damai atau cadangan, kita belum tahu lagi," kata jurucakap keselamatan Rumah Putih, Encik John Kirby, kepada pemberita.



Jurucakap Majlis Keselamatan PBB (UNSC), Encik Eric Mamer, berkata langkah China itu sepatutnya dilakukan lebih awal lagi selaku anggota UNSC yang bertanggungjawab, yang berpotensi merumuskan penyelesaian bagi kemelut di Ukraine. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >