Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Yahoo! digodam, lebih 1 bilion akaun terjejas

Serangan tidak diketahui syarikat penyedia Internet sehingga dimaklumkan pihak berkuasa
Dec 15, 2016 | 11:29 AM



SAN FRANCISCO (Amerika Syarikat) - Salah satu syarikat gergasi Internet dunia, Yahoo!, mendedahkan bahawa ia menjadi mangsa penggodam hingga mengakibatkan lebih 1 bilion akaun pengguna perkhidmatannya telah digodam dipercayai dalam satu serangan pada Ogos 2013, lapor akhbar The New York Times hari ini.



Yahoo! pada September lalu telah mendedahkan ia menjadi mangsa godaman yang menyebabkan lebih 500 juta akaun penggunanya digodam pada 2014.



Kedua-dua kes serangan ini adalah pelanggaran keselamatan siber terbesar yang diketahui dunia yang melibatkan rangkaian komputer sesebuah syarikat.



Menurut Yahoo!, serangan 2013 ini melibatkan pencurian maklumat sensitif pengguna termasuk nama, nombor telefon, tarikh lahir, kata kunci yang dienkripsi dan soalan keselamatan yang tidak dienkripsi yang boleh digunakan untuk merubah kata kunci.



Menurut Yahoo! ia telah memaksa kesemua pengguna terjejas untuk menukar kata kunci mereka dan ia kini sedang mengemaskini soalan-soalan keselamatan yang tidak dienkripsinya itu - langkah yang sebelum ini enggan diambilnya pada September lalu.



Tidak diketahui berapa ramai pengguna Yahoo! telah terjejas dengan kedua-dua serangan penggodam ini.



Syarikat Internet itu mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna aktif, tetapi tidak jelas berapa banyakkah akaun tidak aktif yang telah digodam.



Menurut Yahoo! lagi, ia mendapat tahu tentang godaman besar-besaran itu berlaku selepas menganalisa fail data yang disediakan pihak penguatkuasa undang-undang, yang mana satu pihak ketiga yang enggan dinamakan, telah mendakwa mereka mempunyai maklumat tentang Yahoo!



Kelemahan pada sistem keselamatan akaun Internet Yahoo! amat ketara berbanding pesaing lainnya di Lembah Silicon, seperti Google dan Facebook.



Pasukan keselamatan Yahoo telah dilaporkan bertegang urat dengan eksekutif kanan, termasuk ketua eksekutif, Marissa Mayer, menyentuh soal kos dan kesukaran yang dihadapi pelanggan terhadap saranan bagi mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan.



Para pengkritik berkata, Yahoo! lembab untuk melaksanakan langkah keselamatan agresif, meskipun selepas ia menghadapi penggodaman melibatkan lebih 450,000 akaun pada 2012 dan siri serangan e-mel bertubi-tubi (spam) pada tahun berikutnya.



"Apa yang paling meresahkan ialah ia berlaku lama dahulu, pada Ogos 2013, dan tiada sesiapa yang perasan berlakunya penggodaman sehinggalah pihak berkuasa tampil memaklumkannya," kata ketua eksektif sebuah syarikat keselamatan, Encik Jay Kaplan.



"Yahoo! berada di belakang dan harus mempertingkatkan usaha untuk menangani ancaman-ancaman serangan siber," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >