Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid: MCA usah kecil hati, hubungan dengan PH perkongsian bijak

May 24, 2023 | 02:27 PM



BAYAN LEPAS: Parti komponen Barisan Nasional (BN), khususnya Persatuan Cina Malaysia (MCA), tidak perlu ‘berkecil hati’ dalam kerjasama yang dijalinkan gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk Kerajaan Perpaduan pada ketika ini.


Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berpandangan harus ada sikap menyantuni parti yang berkolaborasi secara kerjasama pintar, yang menjadi realiti baru politik negara hari ini.

“Kita mengingatkan diri kita sendiri bahawa BN terus diperkasakan. Bukan sahaja MCA tapi MIC (Kongres India Malaysia), PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) adalah komponen teras kita.

“Kita juga mempunyai parti bersekutu dalam BN, yang penting adalah kerjasama dengan semua parti dalam ‘outfit’ BN serta kita harus menyantuni keberadaan parti-parti daripada kolaborasi ini dan terdapat 19 parti yang berada di dalam ini.

“Saya tak mahu mana-mana parti berkecil hati apabila kita bekerjasama secara perkongsian pintar ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan Semicon Asia Tenggara 2023 di Pusat Konvensyen Setia SPICE, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, yang mengingatkan Datuk Ahmad Zahid supaya meletakkan kepentingan parti komponen dalam BN terlebih dahulu, bukannya mengutamakan PH, khasnya Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Datuk Chong dalam satu kenyataan sebelum ini turut menegaskan supaya Datuk Ahmad Zahid berpegang utuh kepada prinsip, selain berwaspada dalam hal berkaitan kerjasama antara kedua-dua gabungan.

Datuk Ahmad Zahid turut mengingatkan parti komponen BN memperkukuhkan parti masing-masing bagi memperoleh dukungan dan sokongan daripada ahli-ahlinya serta menarik pengundi yang terdiri daripada bukan ahli.

“Ini untuk memberikan gambaran positif kepada partinya dan bukan kesan buruk yang berlaku disebabkan perkara-perkara lampau.

“Jadi memperkukuhkan parti masing-masing untuk pengembangan daya sokongan yang lebih tersebar luar itu lebih penting daripada melayani rasa kecil hati oleh mana-mana parti politik,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >