Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Zahid nafi mahu calon sokongnya jadi PM, mandat bentuk Kabinet

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menolak dakwaan bahawa calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diminta menandatangani surat menyokong dan memberinya mandat membentuk barisan Kabinet jika Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.



"Itu tipu," katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.



Sambil menyifatkan perkara itu tidak benar, beliau turut menolak dakwaan bahawa calon Umno diminta menandatangani surat berkenaan yang melantiknya sebagai Perdana Menteri.



Beliau diminta mengulas dakwaan berkaitan perkara itu seperti dilaporkan portal berita, kelmarin.



Kemelut dalaman Umno dilihat semakin memuncak selepas penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, memberi bayangan digugurkan daripada senarai calon apabila semua bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup, manakala bendera parti itu juga diturunkan.



Penutupan bilik gerakan parti berkenaan dan penurunan semula bendera BN yang sudah digantung sebaik Parlimen dibubarkan turut dilaporkan menerusi hantaran Facebook oleh Datuk Shahidan, malam kelmarin.



"Malam ini malam kesedihan teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera sudah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah," tulis beliau.



Datuk Ahmad Zahid mengumumkan senarai kesemua calon BN yang akan bertanding bagi kesemua 222 kerusi parlimen, malam tadi.



Antara perkembangan terbaharu menyaksikan Umno Bahagian Tangga Batu akur dengan keputusan pucuk kepimpinan BN meletakkan calon parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) di kerusi Parlimen Tangga Batu untuk pilihan raya kali ini.



Sebagai pertukaran, MCA memberi kerusi Parlimen Alor Gajah kepada Umno.



"Meskipun kerusi ini (Tangga Batu) kerusi tradisi Umno, kami sebagai ahli parti yang setia, akur dengan keputusan pucuk kepemimpinan parti, malah kami berikrar untuk memastikan calon BN yang dinamakan di sini memperoleh kemenangan," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, semasa ditemui media, semalam. - BHM, Utusan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >