Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid: Perbincangan lanjut dengan S’pura perlu mengenai pemeriksaan sempadan tunggal

Feb 11, 2018 | 03:40 PM



LABIS:  Malaysia perlu mengadakan perbincangan lanjut dengan Singapura mengenai  kemungkinan mengadakan satu pemeriksaan sempadan antara dua negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad (11 Feb).



Datuk Seri Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri Malaysia, berkata negara itu menghormati kebimbangan Singapura mengenai hal keselamatan sekiranya hanya ada satu pusat pemeriksaan untuk Sistem Rapid Transit (RTS) dan Rail Speed High (HSR), dua kereta api yang akan disediakan  antara dua negara ini.



“Ini adalah soal  keselamatan bagi kedua-dua negara dan saya akan bertemu dengan rakan sejawatan saya dari Singapura untuk membincangkan lagi isu pemeriksaan tunggal,” katanya, selepas satu acara  di Johor.



Beliau berkata   Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan satu pusat pemeriksaan untuk mengurangkan kesesakan di Koswe.



Dr Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai laporan The Straits Times di mana Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura mengatakan   mustahil meniadakan   pemeriksaan imigresen dan kastam di bahagian    Singapura bagi pelancong yang berlepas kerana ia  komponen penting dalam keselamatan sempadan negara.



Mengenai perkara lain, Dr Ahmad Zahid berkata  RM100 juta ($34.2 juta) telah diperuntukkan bagi menaik taraf kerja di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar.



Beliau menambah bahawa kerajaan federal  akan menyumbang RM50 juta manakala negeri Johor akan menanggung baki kos tersebut.



“Kami mahu melegakan  aliran lalu lintas ke Koswe,  terutama kesesakan di pihak kami,” katanya.



Dr Ahmad Zahid  mengetuai pasukan petugas khas untuk mengurangkan kesesakan di Koswe. – The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >