Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Zahid: Perhimpunan Agung Umno 2023 suntik semangat baru buat ahli, parti

Jun 11, 2023 | 02:44 PM



KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang berakhir pada Sabtu (10 Jun) dapat menyuntik semangat baharu kepada perwakilan dan ahli parti itu dalam perjuangan membangun negara bangsa yang berjaya.

Timbalan Perdana Menteri itu dalam hantaran di laman Twitternya turut menzahirkan perasaan gembira beliau kerana perwakilan dapat berbincang dengan hati yang jernih dan berbahas mengenai hala tuju perjuangan dengan penuh rasional dan berhikmah.

“Perhimpunan kali ini turut menggambarkan kematangan kita sebagai sebuah parti siasah yang sentiasa memikirkan kepentingan rakyat serta memperkukuhkan ketumbukan untuk bergerak ke hadapan menongkah kedinamikan politik bersama Kerajaan Perpaduan.

“Marilah kita bersatu, bersetia dan berkhidmat sebagai satu keluarga besar UMNO untuk memastikan kejayaan pada pilihan raya enam negeri yang bakal tiba,” katanya.

Ahmad Zahid turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua perwakilan atas kebersamaan dan semangat juang ditunjukkan mereka sepanjang persidangan yang bermula pada 7 Jun lepas.

“Selamat pulang ke bahagian masing-masing. Semoga kita terus beristiqamah membawa UMNO ke destinasi kecemerlangan,” katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >