Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Zahid tepis kritikan BN kurang ketengahkan calon wanita

Pelbagai faktor jadi pertimbangan dalam atur strategi untuk menang pilihan raya; bukan sekadar warna kulit, etnik atau jantina calon
Nov 05, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Perjuangan politik merentasi percaturan kuota wanita dan calon Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata banyak faktor diambil kira BN dalam berdepan 'ibu segala pilihan raya' kali ini agar resipi kejayaan benar-benar tercapai.



Beliau berkata kadangkala ia sukar difahami sesetengah pihak, kurang diyakini, malah ada memperlekehkan strategi itu, namun tidak semua strategi dan senjata sulit boleh didedahkan dalam perjuangan ke arah kemenangan besar, lapor Utusan Online semalam.



Katanya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor membuktikan strategi BN berkempen dan membuat perubahan dalam pemilihan calon telah memberikan impak besar kepada keputusan pilihan raya meskipun ia diperlekehkan sebelum kemenangan itu.



"Dalam menggabung jalin segala strategi ke arah kemenangan, perjuangan ini merentasi jantina dan etnik.



"Dalam isu jantina, memang kita sedaya upaya memenuhi agar pengisian tersebut memenuhi permintaan wanita.



"Kita cuba penuhi sedaya upaya, namun dalam kita cuba memenuhinya, ada bantahan dari kalangan pihak tertentu, misalnya ada calon penyandang lelaki tidak mahu memberi laluan tersebut kerana masih mahu bertanding mengekalkan kuasa seperti di Padang Besar, Perlis.



"Kita juga meletakkan calon wanita di Tanjung Karang sebagai mengiktiraf peranan perjuangan wanita. Kita sedaya upaya meletakkan calon wanita sebanyak mungkin. Saya kira bukan sahaja BN, parti-parti lain bukan BN juga melakukan perkara yang sama.



"Namun, dalam memastikan kemenangan perjuangan parti merentasi agenda jantina, maknanya peranan jantina penting, tetapi aspek taktikal kawasan ditandingi calon juga merentasi faktor jantina," katanya dalam kenyataan, semalam.



Kelmarin, media melaporkan bahawa wanita Umno membangkitkan rasa tidak puas hati dengan senarai calon BN kerana dikatakan gagal menterjemah janji pucuk pimpinan BN menetapkan kuota 30 peratus calon wanita pada pilihan raya kali ini.



Mengulas lanjut, Datuk Ahmad Zahid berkata bahawa dalam soal etnik, pemilihan calon untuk memenangi sesebuah kawasan parlimen tidak melihat warna kulit, etnik dan jantina etnik.



Beliau berkata, sesiapa sahaja dilihat boleh menang dan memiliki ciri 'wali' atau menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable) akan diketengahkan untuk bertanding.



"Semua calon terbaik, namun ada nilai tambah yang perlu untuk penyegaran parti agar berdaya saing dan bercirikan politik generasi masa depan.



"Dengan kata lain, kalau boleh diungkapkan sebagai tidaklah kisah sama ada warna kucing tersebut hitam atau putih, atau warna apa sekali pun, atau gender apa sekali pun asalkan ia berkemampuan mengalahkan tikus".



"Jadi, tidak timbul isu kononnya ada bias jantina atau warna kulit. Sebaliknya perjuangan manusia sejagat melangkaui warna kulit dan biologi. Maknanya juga kemenangan akan datang dengan menggunakan senjata politik mekanisme terbaik yang merentasi segala aspek pertimbangan," katanya.



Jelas beliau, apa pun strategi kemenangan, ia juga sebahagian daripada langkah taktikal parti, namun adalah tidak benar propaganda malah suatu fitnah besar kononnya pemimpin parti mahu mengecilkan kemenangan BN untuk memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH).



Katanya, ini kerana semua parti mahu kemenangan besar termasuk parti yang baru bertanding.



"Fitnah terdesak ini datangnya pemimpin yang selalu menggunakan agama untuk berkuasa dalam politik tetapi tidak menggambarkan erti perjuangan sebenar. Terlalu mudah mengkafirkan orang yang tidak bersetuju seperti Amanat pernah dikeluarkan pada tahun 1981.



"Insya-Allah, Umno khususnya dan BN keseluruhannya terus memilih kesederhanaan dalam politik sesuai dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini.



"Kita mahu kemenangan besar BN sebagai wadah penting dalam memperjuangkan politik kesederhanaan selama ini terbukti mampu menjamin kestabilan politik dan kemakmuran negara," kata beliau.




"Kita juga meletakkan calon wanita di Tanjung Karang sebagai mengiktiraf peranan perjuangan wanita. Kita sedaya upaya meletakkan calon wanita sebanyak mungkin. Saya kira bukan sahaja BN, parti-parti lain bukan BN juga melakukan perkara yang sama. Namun, dalam memastikan kemenangan perjuangan parti merentasi agenda jantina, maknanya peranan jantina penting, tetapi aspek taktikal kawasan ditandingi calon juga merentasi faktor jantina."
- Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >