Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zahid yakin pengundi Johor pilih BN dalam PRN

Presiden Umno lihat satu perubahan besar sedang berlaku dengan rakyat kini mahukan Barisan Nasional jadi kerajaan semula
Feb 06, 2022 | 05:30 AM



ISKANDAR PUTERI: Barisan Nasional (BN) yakin pengundi Johor - termasuk pengundi muda - akan mengundi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Beliau malah telah meminta jentera BN menggunakan kaedah baru menggunakan media sosial bagi berkempen, sekali gus menarik perhatian lebih 700,000 pengundi baru daripada golongan muda.



Menurutnya, rakyat yang terpedaya dengan simbahan fitnah dimainkan pembangkang yang menyebabkan parti itu tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kini sudah menyesal.



Datuk Dr Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi BN, berkata beliau menyaksikan satu perubahan besar sedang berlaku dengan rakyat kini mahukan BN menjadi kerajaan semula.



Beliau menambah, parti itu merasakan perubahan besar yang sedang berlaku perlu diterjemahkan dalam peti undi nanti, sekali gus jentera parti perlu bekerja gigih memastikan perkara itu berlaku.



"BN dan Umno tewas pada PRU-14 kerana simbahan fitnah menyebabkan kita tumbang di Johor.



"Fitnah yang ditabur menguasai pemikiran pengundi di Johor ketika itu, namun kini rakyat sudah menyesal.



"Kita yakin penyesalan ini akan ditebus semula pada PRN Johor kerana rakyat mahu lihat kestabilan politik di bawah pentadbiran kita.



"Insya-Allah BN akan terus relevan di Johor, bumi kelahiran Umno dan kita akan bangkit semula pada PRN Johor ini," katanya.



Beliau berkata demikian pada Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Pusat Operasi Zon Barat, di Stadium Tertutup Educity, di sini, malam kelmarin.



Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, merangkap Pengarah PRN Johor serta Pengerusi BN Johor merangkap Pengerusi Umno Johor, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Ketua Penyelaras PRN Johor; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Mohamed.



Menurut Datuk Dr Ahmad Zahid, kebangkitan BN dan Umno terbukti apabila parti yang sebelum ini hanya tinggal empat parti gabungan, kini menerima permohonan banyak parti bagi menyertai semula parti terbesar negara itu.



"Kini banyak parti memohon untuk sertai BN kembali. Mana mungkin mereka nak sertai kita, kalau kita tidak kuat. BN akan bangkit semula di Johor, saya amat yakin," katanya.



Menyentuh tentang pengundi muda, yang akan keluar mengundi buat kali pertama, beliau berkata:



"Pengundi kali pertama ini adalah ramai jumlahnya, kita jangan guna kempen secara konvensional semata-mata namun perlu melalui media sosial.



"Jentera harus guna media sosial sebagai medium utama kempen kita.



"Kempen tanpa lisan ini akan disusun BN Comm bersama Penerangan Umno selain parti komponen dan kita harap jentera semua bersedia bagi kita memalu gendang PRN Johor," katanya.



Dalam pada itu, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata "BN dan Umno Johor sudah bersedia menggerakkan jentera PRN bagi memastikan kebangkitan parti nanti," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >