Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Zamani dibebaskan dari reman, dua pegawai polis digantung khidmat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Zamani dibebaskan dari reman, dua pegawai polis digantung khidmat

Jan 24, 2015 | 03:43 PM

KUALA LUMPUR: Reman penyanyi Zamani Ibrahim yang ditahan berkaitan kes dadah minggu ini tidak disambung dan beliau sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Khairuddin Saat ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit dan memberitahu Zamani dibebaskan selepas proses dokumentasi selesai pada kira-kira jam 9.45 pagi di Balai Polis Hulu Kelang, semalam, lapor Berita Harian Malaysia.

Zamani juga buat keputusan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan videonya yang dipaksa bernyanyi oleh polis semasa dalam lokap, lapor akhbar tersebut.

Vokalis kumpulan Slam itu telah ditahan di rumahnya di Keramat, Kuala Lumpur, dipercayai kerana dadah heroin.

Berusia, 43 tahun, beliau ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun, yang positif dadah methamphetamine, atau Ice, kira-kira 12.30 pagi Rabu lalu.

Sementara itu, The Star melaporkan dua pegawai polis yang memaksa vokalis band yang popular pada tahun 90-an untuk bernyanyi semasa digari dalam lokap, telah digantung khidmatnya.

Pengarah Jabatan Pematuhan Piawaian dan Integriti Bukit Man, Timbalan Pesuruhjaya Kanan Datuk Zubaidah Md Ismail (SDCP), berkata jabatannya telah melancarkan satu siasatan terhadap mereka yang terbabit.

Ini selepas video Zamani dipaksa bernyanyi tersebar luas di media sosial.

"Ketua Polis Negara telah memberi jabatan kami lampu hijau untuk menggantung pegawai terbabit dalam isu tersebut daripada menjalankan tugas mereka sementara menunggu siasatan," kata SDCP Zubaidah.

Namun, beliau enggan mendedahkan pangkat dua pegawai itu tetapi menegaskan tindakan tegas akan diambil jika mereka didapati bersalah melanggar peraturan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3