Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Zelensky: Pertempuran baru jejas masa depan rundingan damai dengan Moscow

May 01, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata rundingan damai dengan Moscow berpotensi tinggi untuk ditamatkan berikutan pertempuran baharu di timur negara itu.



Pada masa sama, penggubal undang-undang Amerika Syarikat mahu mempercepatkan bantuan sebanyak AS$33 bilion ($45.65 bilion) untuk membantu Kyiv melawan serangan Russia.



Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, ketika mengadakan lawatan ke Kyiv pada Khamis lalu dilaporkan berkata perbincangan sedang dibuat bagi memindahkan orang awam dari kilang keluli di Mariupol, yang kini diserang hebat Russia.



Ketibaan Encik Guterres di Kyiv disambut dengan bedilan roket ke ibu kota Ukraine itu.



Russia mengesahkan melakukan serangan udara tersebut.



Kementerian Pertahanan Russia berkata, senjata udara berketepatan tinggi dan jarak jauh digunakan bagi memusnahkan bangunan pengeluaran peluru berpandu dan perusahaan angkasa lepas Artyom di Kyiv.



Seorang pejuang yang bersembunyi di bandar yang menjadi sasaran utama pencerobohan Russia, memberitahu agensi berita Reuters kenyataan pemimpin PBB itu memberikan harapan kepada ratusan orang awam yang terperangkap di loji itu sejak beberapa minggu lalu selepas beberapa percubaan memindahkan mereka gagal.



Pejabat Presiden Ukraine berkata, operasi dirancang untuk mengeluarkan orang awam dari loji itu pada Jumaat namun tiada pemindahan sehingga senja.



Pemimpin Ukraine itu kemudiannya menyuarakan rasa tidak yakin terhadap prospek rundingan damai akan berterusan dengan Russia.



"Rakyat (Ukraine) mahu membunuh mereka. Apabila sikap seperti itu wujud, sukar untuk bercakap mengenai perkara berkaitan (rundingan damai )," lapor Interfax memetik Zelensky ketika beliau memberitahu wartawan Poland.



Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, telah menuduh Kyiv menukar pendirian kerana mendapat tekanan Amerika dan Britain.



Encik Zelensky dalam pada itu memuji tawaran bantuan dibuat Presiden Joe Biden pada Khamis lalu, yang berjumlah hampir 10 kali ganda bantuan disalurkan Washington setakat ini sejak pencerobohan bermula pada 24 Februari lalu. Moscow menggelar perang itu sebagai operasi ketenteraan khas.



Speaker Dewan Perwakilan Amerika, Cik Nancy Pelosi, berkata bahawa penggubal undang-undang berharap akan dapat meluluskan pakej bantuan AS$33 bilion itu secepat mungkin.



Selepas gagal dalam serangan ke atas Kyiv di utara Ukraine bulan lalu, Russia kini cuba menawan sepenuhnya dua wilayah timur yang dikenali sebagai Donbas.



Ukraine mengakui kehilangan kawalan ke atas beberapa bandar dan kampung sejak serangan bermula minggu lalu, namun Moscow lebih rugi kerana mengeluarkan kos besar untuk pasukan tenteranya yang kini sudah letih akibat kekalahan dalam usaha menawan kawasan berhampiran ibu negara itu.



"Kami mengalami kerugian serius tetapi kerugian Russia jauh lebih besar," kata Penasihat Presiden, Oleksiy Arestovych, namun enggan mengulas lanjut. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >