Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zelensky puji tentera Ukraine jaya mara ke bandar ditawan Russia

Jun 06, 2023 | 05:53 PM



KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, kelmarin memuji pasukan tenteranya kerana berjaya menyusup masuk ke Bakhmut, sebuah kawasan yang telah pun ranap sedang Russia sebaliknya mendakwa telah mematahkan serangan besar-besaran itu.


Dakwaan bercanggah itu timbul ketika duta keamanan Paus Francis, Matteo Zuppi, dari Italy, tiba di Kyiv bagi rundingan selama dua hari.

“Syabas para pahlawan! Kita lihat bagaimana reaksi Russia terhadap sebarang langkah yang kita ambil di sana... Musuh tahu Ukraine akan menang,’‘ kata Encik Zelensky dalam mesej video yang disiarkan menerusi media sosial.

Awal sebelum itu, Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Encik Ganna Malyar, memaklumkan “sedikit kejayaan” di medan perang.

“Sektor Bakhmut kekal sebagai pusat pertembungan. Kami sedang bergerak ke sana,’‘ tambahnya.

“Operasi secara defensif dilakukan termasuk tindakan serang balas. Justeru, dalam sesetengah sektor, kami melakukan serangan secara ofensif,’‘ ujar Encik Malyar.

Pada Mei, Russia mendakwa telah menawan kawasan di timur bandar Bakhmut yang menyaksikan pertempuran berdarah paling lama dalam perang melibatkan kededua negara.

Ukraine menyatakan ia sedang membuat persiapan bagi melancarkan serangan besar-besaran untuk menawan semula wilayahnya yang jatuh di tangan tentera Russia tetapi tiada sebarang pengumuman akan dibuat bila ia akan dimulakan.

Ahad lalu, Menteri Pertahanan Ukraine, Encik Oleksiy Reznikov, menyatakan kekata “hanya boleh menyebabkan mudarat” telah pun disebarkan sambil menukil lirik lagu kumpulan Depeche Mode berjudul “Enjoy the Silence” atau “Menikmati rasa senyap”.

Kelmarin, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden berharap Ukraine berada dalam keadaan baik apabila ia melancarkan serangan balas kelak.

Ditanya sama ada tindakan tentera Ukraine akan berhasil, Encik Biden menjawabnya dengan secara senyap mengangkat tangan dan membuat isyarat di mana jari tengahnya berada di atas jari telunjuk – menandakan beliau harap begitu. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >