Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

13 anggota baru dilantik penggal baru Majlis Ekonomi Masa Hadapan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

13 anggota baru dilantik penggal baru Majlis Ekonomi Masa Hadapan

Dipengerusikan Swee Kiat, FEC ditugaskan pacu pertumbuhan ekonomi Singapura masa hadapan
Nov 17, 2018 | 05:30 AM



SERAMAI 13 anggota baru telah dilantik dalam Majlis Ekonomi Masa Hadapan (FEC) bagi penggal baru dalam usaha memacu pertumbuhan dan rombakan ekonomi masa depan Singapura.



Antara dua muka baru itu ialah Dr Azlinda Anwar, Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Perniagaan, Makmal Sains Hayat Temasek, dan Encik Wahab Yusoff, Timbalan Presiden Asia di syarikat keselamatan siber Amerika Syarikat, Forescout Technologies, menurut kenyataan FEC semalam.



Dengan 20 anggota lama yang dilantik semula, bilangan anggota FEC kini mencapai 33 orang.



Dipengerusikan oleh Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, para anggota FEC itu akan berkhidmat bagi penggal baru dari 1 September 2018 hingga 31 Mei 2020. Mereka mengadakan mesyuarat pertama petang semalam.



Selain mendorong rombakan ekonomi Singapura bagi masa hadapan, FEC juga berperanan memantau pelaksanaan saranan Jawatankuasa Ekonomi Masa Hadapan (CFE) seperti pembangunan dan pelaksanaan Perancangan Perubahan Industri (ITM).



Sejak dibentuk pada 2017, ia telah menghimpunkan pihak-pihak berkepentingan dalam ekonomi bagi menyokong rombakan industri dan melancarkan ITM bagi 23 industri.



Dalam tahap tugas selanjutnya, FEC akan terus menumpukan perhatian dalam pelaksanaan inisiatif ITM dengan rakan-rakan tiga pihak agar ia dapat diakses lebih baik oleh perniagaan terutama syarikat kecil dan sederhana (SME) dan pekerja.



"Kita telah memulakan laluan rombakan ini dua tahun lalu dengan CFE. Kita telah melihat kemajuan yang menggalakkan dalam banyak sektor dari logistik hingga khidmat kewangan.



"Kerjasama yang erat dengan perikatan tiga pihak memberi mereka yang berkepentingan perspektif lebih luas dan pemahaman lebih mendalam dalam industri,'' kata Encik Heng.



Beliau menambah rombakan industri merupakan satu usaha jangka panjang yang memerlukan syarikat dan pekerja diberi sokongan yang berterusan.



Selain pelaksanaan ITM, FEC akan terus mengawasi usaha mendorong peningkatan kemahiran pekerja agar mereka bersedia mengaup peluang yang tersedia sedang industri dirombak.



Sebagai seorang saintis, Dr Azlinda berkata beliau tertarik dengan peluang dalam penyelidikan dan pengembangan (R&D) yang dapat mengukuhkan daya saing ekonomi dan membawa kesan sebenar kepada kehidupan rakyat Singapura.



"Cabarannya ialah menyelaras kerjasama awal-swasta bagi memanfaatkan sepenuhnya potensi itu dan saya gembira untuk menyumbang idea bagaimana kita dapat bekerjasama antara institusi penyelidikan, pemerintah dan perniagaan,'' jelas Dr Azlinda.



Dr Azlinda pernah memenangi Anugerah Saintis Muda pada 2001 yang diberikan oleh Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Majlis Kajian Perubatan Nasional (NMRC). Mantan penyelidik pos-doktoral kanan di Johns Hopkins Singapura itu telah menjalankan kajian untuk menghasilkan vaksin yang berdaya lebih tinggi untuk menahan virus penyakit.



Dengan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang keselamatan siber, Encik Wahab, 56 tahun, pula berharap untuk menyumbang kepakarannya dalam bidang itu.



"Sedang negara ini semakin mendakapi bidang digital, isu keselamatan siber akan terus mencabar. Berbanding negara lain, Singapura boleh dikatakan maju dalam bidang ini tetapi banyak lagi yang boleh kita lakukan,'' kata Encik Wahab, yang mengetuai operasi perniagaan syarikat keselamatan siber itu di rantau Asia.




ANGGOTA BARU FEC



- Encik Desmond Lee, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF)



- Cik Indranee Rajah, Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan dan Kewangan)



- Encik Ng Chee Meng, Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Setiausaha Agung NTUC



- Encik Desmond Choo, Penolong Setiusaha Agung NTUC



- Profesor Subra Suresh, Presiden NTU



- Profesor Tan Eng Chye, Presiden NUS



- Dr Azlinda Anwar, Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Perniagaan, Makmal Sains Hayat Temasek



- Cik Chew Kwee Tiang, CEO Hospital Khoo Teck Puat



- Encik Alexander Charles Hungate, Presiden dan CEO Sats



- Encik Amos Leong, Presiden dan CEO Univac Group



- Encik Andreas Sohmen-Pao, Pengerusi BW Group



- Cik Teo Lay Lim, Pengarah Pengurusan Kanan, Asean dan Negara, Accenture Singapore



- Encik Wahab Yusoff, Timbalan Presiden Asia, Forescout Technologies



Sumber: FEC




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >