Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Amazon buka kedai di Singapura awal tahun depan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Amazon buka kedai di Singapura awal tahun depan

Nov 04, 2016 | 09:46 AM



GERGASI runcit dalam talian Amerika Syarikat - Amazon - akan menubuhkan kedainya di Singapura awal tahun depan.



Ia dijangka menawarkan barangan elektronik dengan jaminan tempatan, sekali gus meningkatkan persaingan bagi peruncit tempatan.



Difahamkan Amazon telah bertemu para pegawai tempatan dan akan melancarkan kedainya di sini "sekitar awal tahun depan".



Belum ada maklumat lanjut mengenai di mana operasi Asia Tenggaranya itu akan terletak di Singapura.



Akhbar The Business Times melaporkan ia telah menyewa kemudahan seluas kira-kira 100,000 kaki persegi di kawasan Jurong East.



Amazon telah mengeluar iklan mengenai hampir 100 peluang pekerjaan di sini di laman webnya, dengan pelbagai jawatan teknologi dan perniagaan, yang ada memerlukan pengalaman dalam operasi runcit.



Skala global Amazon dan jangkauanya dari segi jalinan dengan pembekal pihak ketiga membantu menurunkan harga barangan di laman webnya.



Pengguna di Singapura boleh mendapat manfaat daripada penghantaran lebih cepat dan pemulangan barang lebih mudah kerana Amazon dijangka menubuhkan sebuah gudang di sini.



Ia sejak 2013 menawarkan penghantaran percuma barangan tertentu dari Amerika Syarikat ke Singapura, tetapi pesanan perlu bernilai sekurang-kurangnya AS$125 ($170). Barangnya pula tidak boleh terlalu besar.



Sekarang, produk tertentu, termasuk komputer riba tertentu, pemain media dan tablet Kindle Amazon, tidak dihantar di sini. Pembeli biasanya meminta barang itu dihantar ke alamat di Amerika terlebih dahulu sebelum ia kemudian dihantar ke Singapura, membuat pembeli menanggung kos penghantaran lebih tinggi.



Barangan elektronik juga tidak mempunyai waranti tempatan, bermakna pembeli jenama tertentu komputer riba atau kamera tidak boleh pergi ke pusat servis Singapura untuk penggantian bahagian atau pembaikan tanpa sebarang kos, yang dilindungi oleh waranti.



Penganalisis runcit dan pemasaran percaya kehadiran Amazon di Singapura akan menjadi keprihatinan peruncit tempatan, terutama dalam keadaan runcit yang merosot sekarang.



Amazon juga membolehkan penjual pihak ketiga, termasuk individu, menyenaraikan barangan mereka di laman webnya untuk memanfaatkan jangkauan platformnya dan kemudahan pembayaran dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >