Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

DBS beli niaga runcit dan kekayaan Asia ANZ; laba Q3 tidak berubah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DBS beli niaga runcit dan kekayaan Asia ANZ; laba Q3 tidak berubah

Oct 31, 2016 | 10:17 AM



DBS Group Holdings, bank terbesar di Singapura, melaporkan pada Isnin (31 Okt) keuntungan suku ketiga yang tidak banyak berubah daripada setahun lalu, serta persetujuannya membeli perniagaan kekayaan dan runcit Australia & New Zealand Banking Group (ANZ) di lima negara Asia.



Harga perolehan itu tidak didedahkan.



Bagi tempoh tiga bulan hingga 30 Sept, DBS berkata ia mencatat keuntungan bersih $1.07 bilion, tidak berubah daripada tahun sebelumnya. Prestasi itu melebihi ramalan purata $1.04 bilion oleh penganalisis yang ditinjau oleh Bloomberg.



Peruntukan bagi pinjaman buruk melonjak kepada $436 juta daripada $178 juta pada suku tahun lalu.



DBS, OCBC dan UOB terpaksa menaikkan peruntukan bagi kerugian daripada pinjaman berkaitan industri minyak dan gas, yang telah terjejas oleh harga tenaga yang lebih rendah.



Keuntungan bank juga tertekan oleh ekonomi yang perlahan dan kemerosotan kadar faedah antara bank yang ditawarkan di Singapura ke paras paling rendah dalam setahun, yang menjejas faedah yang pemberi pinjaman kenakan bagi pinjaman.



DBS turut mengumumkan pada Isnin ia telah bersetuju mengambil alih perniagaan pengurusan kekayaan dan perbankan runcit ANZ di Singapura, Hong Kong, China, Taiwan dan Indonesia pada harga kira-kira $110 juta melebihi nilai buku.



Portfolio perniagaan yang akan diambil alihnya mewakili deposit sebanyak $17 bilion, pinjaman $11 bilion, aset pelaburan di bawah pengurusan (AUM) $6.5 bilion dan pendapatan sebanyak $825 juta bagi tahun kewangan 2016. Perniagaan itu mempunyai kira-kira 1.3 juta pelanggan, dengan lebih 100,000 merupakan pelanggan mewah dan 1.2 juta pelanggan runcit, kata DBS.



Bank itu berkata, pengambilalihan tersebut akan menambah $23 bilion kepada jumlah AUMnya, dengan pelanggan mewah menyumbang $6 bilion. Ini akan membawa nilai bersih AUM golongan bernilai tinggi bank itu dan jumlah penuh AUMnya masing-masing kepada $115 bilion dan $182 bilion.



Ia juga akan mendatang kumpulan besar pelanggan di Indonesia dan Taiwan, yang merupakan pasaran utama DBS, kepada bank itu.



Di Indonesia, DBS akan mendapat kira-kira 410,000 pelanggan, meningkatkan asasnya enam kali. Di Taiwan, DBS akan menambah sekitar 530,000 pelanggan, memperluaskan asasnya sebanyak 2.5 kali. Sebahagian besar daripada pelanggan itu ialah pelanggan kad kredit.



Urus niaga pengambilalihan itu dijangka tidak mempunyai kesan ketara ke atas kedudukan DBS dan selesai sepenuhnya di semua pasaran pada awal 2018.



Jualan itu menandakan satu langkah utama dalam usaha ANZ Bank mengurangkan pengembangannya di Asia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >