Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

DBS jangka pembuangan kerja cecah 45,600 tahun ini; GDP tumbuh -5.7%

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DBS jangka pembuangan kerja cecah 45,600 tahun ini; GDP tumbuh -5.7%

Apr 27, 2020 | 04:28 PM



PEMBUANGAN kerja di Singapura dijangka mencecah 45,600 tahun ini akibat kemelesetan ekonomi yang berpanjangan, sedang negara ini berhempas pulas menangani penularan koronavirus dengan langkah-langkah pemutus litar yang diperketat, menurut satu laporan bank DBS hari ini. 



Disiapkan oleh ahli ekonomi kanan bank itu, Encik Irvin Seah, laporan itu menyatakan hasil dalam negeri kasar (GDP) Singapura dijangka menguncup 5.7 peratus, dengan sektor pembinaan dan perkhidmatan paling teruk terjejas akibat langkah pemutus litar tambahan. 



"Sekiranya Singapura gagal menangani penularan, pertumbuhan GDP akan junam serendah 7.8 peratus di bawah sifar (-7.8%)," katanya, dan menyatakan 2020 merupakan tahun "paling gelap" bagi ekonomi Singapura sejak merdeka pada 1965. 



Singapura menyaksikan jumlah jangkitan terus melonjak dalam beberapa minggu ini, dengan virus menular di kalangan pekerja asing. Ini telah membawa kepada penggantungan semua aktiviti pembinaan, dengan kesemua pekerja di sektor itu telah dikenakan Notis Duduk Rumah. 



Perniagaan tidak penting telah diarah tutup sehingga 4 Mei ini, apabila langkah pemutus litar awalnya dijangkakan akan ditarik balik selepas itu. Bagaimanapun, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan pada Selasa lalu akan lanjutan pemutus litar selama empat minggu lagi sehingga 1 Jun ini, dengan perkhidmatan penting dikurangkan lebih banyak lagi. 



"Pelaksanaan 'pemutus litar' pada awal April, dan lanjutan sehingga 1 Jun, meskipun perlu untuk membendung penularan, akan menjadi pemutus hayat banyak syarikat yang memenuhi keperluan tempatan," kata Encik Seah.



Beliau menjangkakan "penguncupan lebih besar" bagi sektor perkhidmatan, melihat kepada jumlah kedatangan pelancong yang merosot sehingga pertengahan Mac. Pada masa sama, perbelanjaan pengguna dijangka menurun ke paras lebih rendah untuk bulan-bulan mendatang, melihat bahagian makanan dan minuman serta perbelanjaan tidak berjadual, yang kesemuanya melaporkan kadar penurunan penjualan sehingga 30 peratus pada Februari lalu. 



Sedang langkah terus diperketatkan, ia menjejas ekonomi, kata Encik Seah, menerangkan mengapa ramalan bagi pertumbuhan penuh ekonomi bagi tahun 2020 diturunkan dari 2.8 peratus (-2.8%) di bawah sifar kepada 5.7 peratus di bawah sifar (-5.7%). 



Sebagai menjangkakan kejatuhan ekonomi, pemerintah telah memperkenalkan tiga pakej rangsangan yang keseluruhannya bernilai $68.8 bilion.



Menurut Encik Seah, langkah-langkah ini telah mengurangkan tekanan atau tidak, ekonomi akan menjadi lebih buruk. 



Begitupun, di sebalik usaha-usaha ini, sejumlah besar pekerjaan akan tetap terjejas sedang ekonomi terus menjunam. 



"Syarikat-syarikat mungkin perlu mengurangkan lebih banyak sumber tenaga bagi mengimbangi kos pekerja agar sejajar dengan penurunan pendapatan. Tambahan daripada itu, beberapa syarikat yang menghadapi kedudukan kewangan yang lemah, akan tutup," kata Encik Seah. 



"Lebih banyak syarikat gulung tikar, lebih banyak pekerjaan akan hilang." 



Ini bermakna, pembuangan kerja akan melonjak sehingga 45,600, hampir seganda dari anggaran 24,500 yang dibuatnya sebulan lalu.



"Sedang pekerja tempatan membentuk 62 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja, pembuangan pekerja melibatkan pekerja tempatan adalah jauh lebih rendah kerana dasar dan langkah-langkah yang dilaksanakan bagi mempertahankan pekerjaan," kata Encik Seah, merujuk kepada Skim Sokongan Pekerjaan (JSS). 



Skim ini menawarkan sokongan gaji sehingga 75 peratus bagi $4,600 pertama gaji pekerja untuk April dan Mei, dan sekurang-kurangnya 25 peratus untuk tujuh bulan lagi, bergantung kepada sektor. 



Encik Seah menganggarkan 24,800 warga berdepan dengan pemberhentian kerja, sedang pekerja asing akan membentuk sebahagian besar pembuangan pekerja.



Apapun, ini akan menaikkan kadar pengangguran warga ke 4.2 peratus selepas penyesuaian musiman, dari 3.2 peratus bagi suku keempat 2019.



Kadar pengangguran keseluruhannya boleh naik sehingga 3.6 peratus dari 2.3 peratus sebelumnya. 



Dalam rumusannya, Encik Seah berkata, untuk keadaan ekonomi pulih dan aktiviti kembali seperti biasa adalah sangat jauh kerana apa jua pemulihan yang dijangkakan berlaku akan lebih lebih kerana kebimbangan gelombang baru jangkitan Covid-19. 



"Jangkakan laluan lebih sukar di hadapan," katanya memberi amaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >