Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Harga jualan semula kondo naik 0.9% pada Feb, 4 bulan berturut-turut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga jualan semula kondo naik 0.9% pada Feb, 4 bulan berturut-turut

Mar 14, 2017 | 11:31 AM



HARGA jualan semula rumah tanpa halaman, atau kondo, swasta di Singapura meningkat bagi bulan keempat berturut-turut, menurut anggaran awal SRX Property yang dikeluarkan pada Selasa (14 Mac).



Ia meningkat 0.9 peratus pada Februari, berbanding bulan sebelumnya, selepas meningkat 1 peratus pada Januari dan 0.3 peratus dan 0.6 peratus pada Disember dan November tahun lalu.



Dari tahun ke tahun, harga jualan semula bulan lalu 1.8 peratus lebih tinggi berbanding Februari 2016, dan turun 6 peratus daripada paras tertinggi baru-baru ini pada Januari 2014.



Harga naik di semua lokasi, dengan kenaikan 1 peratus dari bulan ke bulan di daerah utama, 0.8 peratus di pinggir bandar dan 0.9 peratus di kawasan jauh dari bandar.



Dianggarkan 694 apartmen dan kondo dijual semula pada Februari, 31.2 peratus lebih tinggi daripada 529 pada Januari, yang mungkin melihat jualan lebih perlahan kerana Tahun Baru Cina.



Dari tahun ke tahun, jumlah jualan semula pada Februari 77.9 peratus lebih tinggi berbanding 390 unit yang dijual semula pada Februari 2016.



Jumlah jualan semula itu turun 66.1 peratus berbanding pada kemuncaknya sebanyak 2,050 unit pada April 2010.



Pemulihan harga dan jumlah dalam pasaran jualan semula itu datang sedang pembeli menyederhanakan harga yang diminta mereka.



Median transaksi berbanding nilai X (TOX) - yang mengukur sama ada pembeli flat membayar lebih tinggi atau rendah daripada angaran nilai pasaran sesebuah unit - ialah negatif $10,000 pada Februari, berbanding negatif $4,000 pada Januari.



Bagi daerah dengan lebih 10 urus niaga jualan semula pada Februari, daerah 18 (Tampines, Pasir Ris) mencatat TOX median tertinggi +$9,000.



Dalam daerah yang agak aktif, daerah 13 (Macpherson, Braddell) mencatat TOX median paling negatif -$30,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >