Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

HDB: Transaksi flat jualan semula merosot 7% bagi suku pertama 2020

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

HDB: Transaksi flat jualan semula merosot 7% bagi suku pertama 2020

Apr 24, 2020 | 10:12 AM



INDEKS harga bagi flat jualan semula (RPI) tidak mencatat sebarang perubahan bagi suku pertama tahun ini, kekal 131.5 serupa yang dicatatkan pada suku ke-4 2019.



Bagaimanapun, transaksi bagi flat-flat jualan semula mencatat penurunan 7 peratus dari 6,339 kes pada suku ke-4 2019 ke 5,893 kes pada suku pertama 2020, lapor Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) dalam kenyataannya pagi ini.



Namun transaksi bagi suku pertama 2020 adalah 21.9 peratus lebih tinggi berbanding suku pertama tahun lalu.



Bagi pasaran sewa HDB pula didapati jumlah permohonan untuk menyewakan flat HDB jatuh 4 peratus dari 12,079 kes pada suku ke-4 2019 ke 11,591 kes untuk suku pertama tahun ini.



Memberikan perbandingan, HDB menyatakan, jumlah permohonan yang diluluskan bagi suku pertama tahun ini adalah 1.6 peratus lebih rendah.



Sehingga penghujung suku pertama 2020, terdapat sejumlah 57,652 flat HDB yang disewakan, meningkatkan 0.7 peratus berbanding suku sebelumnya, yakni 57,224 unit.



Menyentuh tentang penjualan flat pula, HDB menyatakan penjualan flat-flat baru yang dijadualkan pada Mei ini akan ditangguhkan selepas tempoh pemutus litar berakhir pada 1 Jun nanti. 



Mengulas tentang laporan HDB itu, agensi hartanah, OrangeTee & Tai Pte Ltd, dalam kenyataannya berkata, kemerosotan jualan yang dicatatkan dari suku ke suku tahun membayangkan pandemik koronavirus dan pelaksanaan langkah pemutus litar mungkin sedikit sebanyak memberi kesan ke atas penjualan flat jualan semula HDB.



"Kunjungan ke flat telah dihentikan sebagai sebahagian daripada langkah pengekangan dan sentimen membeli menjadi lemah disebabkan ketidaktentuan makroekonomi," ujar.



Menyentuh tentang penurunan jumlah permohonan menyewakan flat, agensi itu beranggapan "ia mungkin boleh dikaitkan dengan kurangnya pemilik yang berhasrat menyewakan unit mereka di tengah pandemik yang berlaku sekarang. Mungkin ada yang kini menetap di flat mereka sendiri disebabkan langkah pemutus litar, sedang ada memilih untuk menyewakan flat mereka selepas pandemik reda demi mengelak penularan virus di unit mereka." 



Melihat pada keadaan yang berlaku, OrangTee berasa ia akan mengambil masa sebelum keadaan pasaran flat jualan semula kembali ke sediakala.



"Penjualan hartanah mungkin kembali meningkat dan menikmati lejangan apabila krisis ini reda dan langkah jarak selamat mula dilonggarkan. Pembeli tulen dan mereka yang benar-benar memerlukan rumah mungkin kembali ke pasaran apabila peluang mengunjung flat dibenarkan semula," menurut agensi itu lagi yang menganggarkan antara 21,000 hingga 22,000 unit flat jualan semula akan dijual tahun ini, lebih rendah sedikit berbanding tahun lalu.



"Harga flat yang dimampui mungkin kelihatan menarik bagi sesetengah pembeli, terutamanya mereka yang ingin rumah lebih murah atau pinjaman perumahan lebih rendah melihat pada ketidaktentuan ekonomi semasa," kata agensi itu lagi yang membayangkan keseluruhan harga jualan bagi flat jualan semula akan menjadi negatif sekiranya krisis kesihatan ini berpanjangan dan pengangguran meningkat.



"Nilai hartanah akan kekal bagi kawasan yang tinggi permintaan dan berada dekat stesen MRT, kemudahan atau di pusat bandar," katanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >