Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Keluaran perkilangan S'pura naik 9.1% bulan lalu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keluaran perkilangan S'pura naik 9.1% bulan lalu

May 26, 2018 | 05:30 AM



PENGELUARAN perkilangan Singapura meningkat 9.1 peratus pada April, lebih tinggi sedikit daripada 8 peratus yang diramal pengamat ekonomi, menurut data daripada Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) semalam.



Ia turut mengatasi pertumbuhan pengeluaran perusahaan yang disemak pada Mac, iaitu 6.1 peratus.



Peningkatan itu mendorong pengeluaran sepanjang April tumbuh sebanyak 9.3 peratus, tidak termasuk kelompok pengilangan biomedikal yang lebih tidak menentu.



Menurut laporan The Straits Times semalam, kesemua kelompok perkilangan menyaksikan pertumbuhan pada bulan lalu, dengan sektor kimia dan elektronik menunjukkan pertumbuhan terbesar.



Menurut data EDB itu, pengeluaran sektor elektronik berkembang 11.3 peratus bulan lalu, dijana terutamanya oleh segmen semikonduktor dan pengkomputeran yang tumbuh masing-masing sebanyak 15.4 peratus dan 7.6 peratus, meskipun pengeluaran segmen elektronik lain mencatat penurunan.



Pengeluaran bahan kimia pula meningkat 12.4 peratus, dengan semua segmen merekodkan pengeluaran lebih tinggi.



Mendahului pertumbuhan sektor itu adalah segmen petrokimia, yang mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 27.1 peratus.



Pertumbuhan menurut sektor menunjukkan pengeluaran sektor kejuruteraan jitu meningkat 7.2 peratus, dirangsang segmen jentera serta sistem yang meningkat 7.7 peratus, disebabkan pengeluaran peralatan pengendalian proses, sistem penyejukan dan peralatan yang berkaitan dengan semikonduktor.



Kejuruteraan pengangkutan pula menyaksikan peningkatan 8.3 peratus dalam pengeluaran pada bulan lalu terutama disebabkan segmen aeroangkasa dan pengangkutan darat, yang masing-masing berkembang 22.2 peratus dan 10.2 peratus.



Namun, segmen kejuruteraan marin dan pesisir pantai menguncup 5.8 peratus disebabkan aktiviti lebih rendah dalam pembinaan dan pembaikan kapal.



Bagi sektor pengilangan biomedikal, pengeluaran naik 8.2 peratus pada bulan lalu, dengan segmen farmaseutikal berkembang 10.7 peratus didorong pengeluaran lebih tinggi produk farmaseutikal dan biologi.



Pengeluaran pengilangan am mencatat pertumbuhan 3.3 peratus, didorong perusahaan lain dan segmen makanan, minuman dan tembakau, yang masing-masing meningkat 7.8 peratus dan 3.3 peratus.



Berdasarkan asas bulan ke bulan yang diubah mengikut musim, pengeluaran perkilangan meningkat 0.2 peratus pada bulan lalu.



Tidak termasuk perkilangan biomedikal, pengeluaran meningkat 2.4 peratus.



Data terbaru itu diumumkan sehari selepas pemerintah mendedahkan keputusan ekonomi suku pertama negara.



Ekonomi negara berkembang 4.4 peratus pada suku pertama tahun ini, dengan pertumbuhan sekali lagi diterajui sektor perkilangan, yang meningkat 9.8 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >