Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Pasangan muda lega geran flat bertambah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pasangan muda lega geran flat bertambah

Sep 12, 2019 | 05:30 AM



RUMAH idaman yang diharapkan pasangan pasangan suami isteri baru Cik Rabiatul Adawiyah Mahmood dan Encik Abdul Syakur Halid kini lebih dimampui.



Pasangan itu, yang baru mendirikan rumah tangga Julai lalu, sedang mencari-cari flat jualan semula di Bedok Reservoir - sebuah estet perumahan matang - yang berhampiran dengan rumah ibu Cik Rabiatul Adawiyah.



Mereka bersedia membeli flat HDB tiga atau empat bilik yang berharga antara $300,000 dengan $425,000, tetapi kini mungkin boleh membeli flat itu dengan harga lebih rendah selepas Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengumumkan geran baru dan perubahan kepada siling gaji yang melayakkan lebih ramai pembeli pertama kali mendapat geran.



Sejak semalam, HDB telah menawarkan geran baru yang membolehkan pembeli seperti Cik Rabiatul Adawiyah menerima geran sehingga $80,000, tanpa dihadkan jenis flat atau estet perumahan pilihan.



Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) itu ditawarkan kepada pembeli flat HDB kali pertama dengan pendapatan bulanan keluarga $9,000 dan ke bawah.



Ia menggantikan Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG) dan Geran Perumahan CPF Khas (SHG) yang sebelum ini ditawarkan HDB bagi membantu pembeli bergaji lebih rendah membeli flat HDB.



Jika dibuat perbandingan, AHG diberikan kepada pembeli flat baru dengan gaji bulanan tidak melebihi $5,000 dan SHG diberikan kepada pembeli dengan gaji tidak melebihi $8,500 sebulan, dan terhad kepada flat baru saiz empat bilik atau lebih kecil di estet perumahan bukan matang.



Antara syarat lain yang dikenakan adalah supaya untuk tempoh pajakan bagi flat jualan semula memadai sehingga pembeli mencapai usia 95 tahun.



Pembeli flat jualan semula yang tidak memenuhi syarat itu masih boleh memanfaatkan EHG, tetapi dengan kuantum yang disesuaikan berdasarkan baki tempoh pajakan.



Perubahan ini, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong dalam ucapannya di majlis Anugerah HDB kelmarin, diharap menjadikan perumahan awam lebih dimampui bagi pembeli kali pertama dan menambah pilihan bagi pasangan muda tinggal dekat dengan orang tua mereka di estet perumahan matang; dan untuk membeli flat lebih besar.



Menurut Encik Wong, struktur sokongan sebelum ini menggalak pembeli kali pertama membeli flat baru.



Namun, ruang terhad di estet matang untuk membina flat baru bermakna HDB perlu mengimbangi permintaan dan bekalan flat di estet sebegini dengan cara yang berdaya tahan, kata Encik Wong.



Jika layak, pembeli flat baru, seperti flat-flat Bina Ikut Tempahan (BTO) boleh menikmati EHG sehingga $80,000.



Bagi pembeli flat jualan semula pula, selain menikmati EHG, mereka boleh menikmati Geran Perumahan CPF dan Geran Perumahan Berhampiran (PHG) jika memilih rumah berhampiran ibu bapa atau anak-anak mereka.



Menurut HDB, kumpulan itu boleh menerima geran sehingga $160,000.



Cik Rabiatul Adawiyah, 29 tahun, yang kini tinggal bersama suami dan ibunya di Bedok Reservoir, berkata beliau berharap layak menerima seberapa banyak geran yang ada.



"Seberapa boleh, kami ingin membeli flat dengan bayaran bulanan yang boleh kami tampung sepenuhnya menggunakan wang CPF (Tabung Simpanan Pekerja) kami," ujar Cik Rabiatul Adawiyah, seorang kakitangan awam.



Suaminya bertugas sebagai pegawai agama di masjid.



"Geran baru ini, sedikit sebanyak membantu kami mencapai matlamat ini, dan membolehkan kami mengatur rancangan jangka panjang dengan lebih baik," tambah beliau.



Dalam pada itu, siling gaji bagi keluarga yang ingin membeli flat HDB juga telah dinaikkan daripada $12,000 kepada $14,000.



Ini bagi pembelian flat baru secara langsung dari HDB dan flat jualan semula dengan Geran Perumahan HDB serta untuk mendapatkan pinjaman perumahan HDB bagi membeli flat baru atau flat jualan semula.



Siling gaji bagi bujang berusia 35 tahun dan ke atas pula dinaikkan daripada $6,000 kepada $7,000.



Siling gaji bagi pembeli eksekutif kondominium (EC) turut dinaikkan $2,000, daripada $14,000 kepada $16,000, memperluas pilihan perumahan bagi warga Singapura yang memenuhi syarat ini.



Sementara itu, Encik Muhammad Farhan Che' Adnan, 27 tahun, berkata siling gaji lebih tinggi bagi menerima geran dan membeli flat HDB itu membantu siswazah yang baru menyertai pasaran kerja sepertinya yang ingin mendirikan rumah tangga dan membeli rumah sendiri.



"Sebahagian siswazah kini mendapat gaji bulanan yang melebihi siling gaji lama... sebab itu perubahan ini amat membantu.



"Sekurang-kurangnya, ia menambah pilihan kami," kata Encik Farhan, seorang jurutera.




APA KATA PASANGAN MUDA



"Seberapa boleh, kami ingin membeli flat dengan bayaran bulanan yang boleh kami tampung sepenuhnya menggunakan wang CPF (Tabung Simpanan Pekerja) kami. Geran baru ini, sedikit sebanyak membantu kami mencapai matlamat ini, dan membolehkan kami mengatur rancangan jangka panjang dengan lebih baik."
- Cik Rabiatul Adawiyah Mahmood, 29 tahun.



"Sebahagian siswazah kini mendapat gaji bulanan yang melebihi siling gaji lama... sebab itu perubahan ini amat membantu. Sekurang-kurangnya, ia menambah pilihan kami."
- Encik Muhammad Farhan Che' Adnan, 27 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >