Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pasangan tawar khidmat penjagaan kucing

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

EKONOMI: USAHAWAN KITA

Pasangan tawar khidmat penjagaan kucing

Aug 17, 2018 | 05:30 AM



DAHULU pasangan suami isteri Encik Hussein Masor dan Cik Fadilah Ismail mendapati agak sukar untuk mendapatkan kedai yang menyediakan khidmat penjagaan khusus buat kucing.



"Memang tak banyak (kedai) yang buat khidmat untuk kucing sahaja. Kalau ada pun, selalunya mereka campurkan dengan penjagaan haiwan lain seperti anjing," ujar Encik Hussein, 38 tahun.



Oleh yang demikian, pasangan tersebut membuat keputusan untuk membuka kedai Cats Empire, kedai khidmat penjagaan khas buat kucing, agar dapat memenuhi keperluan pemilik kucing di Singapura.



"Apa yang kami dapati ialah pemilik haiwan kini tidak lagi takut mahu membelanjakan apa yang diperlukan kucing mereka seperti contoh khidmat penjagaan, membeli makanan berkualiti tinggi, dan sebagainya," tambah Cik Fadilah, 36 tahun.



Jelasnya: "Terdapat permintaan bagi pemilik kucing yang ragu-ragu mahu menghantar haiwan kesayangan mereka ke kedai khidmat penjagaan yang bercampur dengan anjing. Oleh itu, kami rasa perlu untuk cuba bidang ini agar dapat tentukan sama ada ia boleh dilaksanakan ataupun tidak."



Agar dapat memberi khidmat penjagaan terbaik buat kucing peliharaan pelanggan mereka, pasangan yang dikurniakan enam orang anak itu mengambil Diploma Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) dalam bidang Penjagaan Haiwan dan Pengurusan di Politeknik Temasek (TP).



"Apa yang paling penting ialah kami dapat memberi pemilik nasihat bagi cara penjagaan kucing yang paling teliti dan rapi, serta cara pemakanan mereka dan sebagainya. Menerusi kursus tersebut, kami dapat raih banyak ilmu tentang penjagaan haiwan peliharaan dan sebagainya," terang Encik Hussein, yang ditemui di Cats Empire baru-baru ini.



Selain kursus Penjagaan Haiwan dan Pengurusan, pasangan itu turut menuntut ilmu dengan pakar penjagaan kucing yang dikenali sebagai Cik Aida Shaidah dari Salju Cattery di Malaysia.



"Oleh kerana tiada kursus penjagaan khas buat kucing di Singapura, kami telah belajar tentang penjagaan kucing dengan Cik Aida," tambah Encik Hussein, yang memiliki tiga kucing main coon dan satu kucing baka kacukan bernama Maru, Toshi, Sushi, dan Mikki.



Sebagai pendatang baru dalam bidang ini, mereka akui bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan pemilik kucing.



"Perniagaan ini lebih dikuasai oleh kaum lain. Jadi agak mencabar untuk kami dapatkan kepercayaan para pelanggan. Apa yang kami dapati ialah pemilik kucing bukan sahaja dari kalangan Melayu, tetapi juga kaum lain seperti masyarakat Cina...Oleh itu, kami perlu usaha agar Cats Empire lebih dikenali," kata Cik Fadilah, yang telah memberi khidmat penjagaan kepada lebih 700 kucing sejak Cats Empire pertama dibuka dua tahun lalu.



Selain khidmat penjagaan kucing, Cats Empire juga menawarkan khidmat 'cat taxi', di mana mereka akan menghantar kucing ke kedai mereka dari depan rumah.



Cats Empire yang dahulunya terletak di Yishun Ring Road kini sudah berpindah ke Suites@Bukit Timah, di 68 Jalan Jurong Kechil. Ia dibuka dari 10.30 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali pada cuti umum.



Pelanggan yang mahu mengambil khidmat penjagaan mereka perlu membuat temujanji terlebih dahulu di laman Facebook Cats Empire.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >