Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09

Pulangan di bawah Skim Pelaburan CPF negatif 3.26% pada Q1

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Pulangan di bawah Skim Pelaburan CPF negatif 3.26% pada Q1

CPF
May 26, 2016 | 02:47 PM

PELABUR yang melabur menggunakan wang di bawah Skim Pelaburan Tabung Simpanan Pekerja (CPFIS) mencatat prestasi buruk pada suku pertama tahun ini.

Penyelidik Lipper, yang memantau prestasi semua dana CPFIS, berkata prestasi keseluruhan dana itu merosot 3.26 peratus bagi tempoh Jan hingga Mac lalu.

Unit amanah dalam skim itu mencatat pulangan negatif 3.8 peratus, manakala produk insurans berkaitan pelaburan (ILP) turun 2.9 peratus.

Kecuali bon dan pasaran wang CPFIS, yang masing-masing mencatat pulangan positif 2.53 peratus dan 0.22 peratus, dana aset jenis lain dalam kategori ekuiti dan kategori aset gabungan jatuh 5.02 peratus dan 1.89 peratus.

Encik Xav Feng, ketua Pacific Research Asia, Thomson Reuters Lipper, berkata tahun ini bermula dengan permulaan tidak menentu, dengan pasaran risiko mengalami kejatuhan tajam hingga pertengahan Februari, diikuti pemulihan kukuh.

Memandangkan keadaan turun naik pasaran berterusan, beliau menasihatkan pelabur supaya kekal berhati-hati, tetapi menambah bahawa peluang mungkin timbul.

Prestasi keseluruhan CPFIS konsisten dengan trend dalam pasaran global. Indeks MSCI AC Asia all-Japan jatuh 3.36 peratus, manakala Indeks Bon Pemerintah Dunia Citigroup (WGBI) naik 1.65 peratus pada suku pertama.

Bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Mac, dana termasuk CPFIS mencatat pulangan negatif 7.98 peratus secara purata.

Namun, mengambil pandangan tempoh lebih panjang, prestasi keseluruhan lebih baik dalam tempoh tiga tahun hingga Mac 31.

Dana termasuk CPFIS melaporkan pertumbuhan kukuh 9.92 peratus secara purata, dengan keuntungan 10.59 peratus daripada unit amanah dan 9.54 peratus daripada ILP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3