Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Robot bersihkan lantai sambil nyanyi, rap

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Robot bersihkan lantai sambil nyanyi, rap

Jul 18, 2019 | 05:30 AM



JANGAN terkejut kalau anda disambut oleh robot pembersihan berautonomi yang boleh menyanyi dan 'rap' ketika membersihkan negara ini.



Ini kerana ia adalah antara 500 robot sedemikian yang dilancarkan syarikat tempatan, LionsBot International (LionsBot), semalam dan merupakan syarikat pertama yang menyewakan robot pembersihan itu.



Pelancaran di Taman di Persisiran itu turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Koh Poh Koon.



April lalu, LionsBot telah melancarkan dua robotnya yang pertama - satu digunakan bagi kerja pembersihan di Galeri Nasional Singapura (NGS) dan satu lagi bagi mengumpul sampah di Jewel Lapangan Terbang Changi.



Berucap dalam majlis itu, Dr Koh berkata sedang perniagaan dalam industri pembersihan dan industri lain menerap dan melaksanakan teknologi baru untuk berubah, memperkasakan pekerja dengan kemahiran tepat adalah genting.



"Daripada memberhentikan pekerja pembersihan, robot pembersihan boleh menolong mengurangkan bebanan kerja kakitangan pembersihan dan memberi mereka lebih banyak masa bagi tugasan tambah nilai seperti pemantauan, operasi dan penyelenggaraan robot.



"Menjalankan tugasan seperti itu akan memerlukan latihan dan latihan semula.



"Justeru pemerintah akan terus menyokong tenaga kerja kita dalam usaha meningkatkan diri," ujar Dr Koh.



Lantaran itu, beliau menggesa agar masyarakat memanfaatkan inisiatif di bawah Rangka Kerja Kemahiran bagi Khidmat Sekitaran.



Dr Koh menekankan bahawa bidang robotik dan automasi memainkan peranan penting dalam perubahan industri.



"Robotik mempunyai potensi besar dalam meningkatkan produktiviti, misalnya mengukuhkan keupayaan keluaran pekerja dan mengurangkan kadar kesilapan daripada tugasan manual dan berulang.



"Ini akan menolong Singapura menangani cabaran daripada perubahan dalam demografik pekerja seperti tenaga kerja semakin lanjut usia," terang beliau.



Secara tradisional, sektor perkilangan merupakan sektor utama melaksanakan huraian automasi dan robotik.



Contohnya, jumlah robot perindustrian baru dipasang di Singapura pada 2017 adalah lebih 4,400 - melonjak 72 peratus berbanding 2016.



Tambah Dr Koh, robotik boleh digunakan dalam pelbagai bidang lain selain daripada perkilangan seperti logistik, pembersihan dan pengangkutan darat.



Dalam hal ini, industri pembersihan telah tampil menjadi antara yang pertama melaksanakan robotik dan LionsBot adalah pemain industri yang pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >