Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sekilas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sekilas

Dec 11, 2019 | 05:30 AM



Harga jualan semula kondo turun pada November: SRX



HARGA jualan semula perumahan privet tidak berhalaman di Singapura turun sedikit pada November setelah meningkat dua bulan berturut-turut, berdasarkan perangkaan awal daripada gerbang SRX Property semalam.



Harga jualan semula kondominium menurun 0.1 peratus pada November berbanding bulan sebelumnya, berbanding dengan peningkatan 0.8 peratus pada Oktober. Tahun ke tahun, harganya adalah 1.5 peratus lebih rendah, lapor The Straits Times.



Sementara itu, bilangan jualan susut 7.2 peratus, dengan 801 unit dijual semula pada November berbanding 863 unit pada Oktober.



Tetapi tahun ke tahun, bilangan unit yang dijual adalah 25 peratus lebih tinggi daripada angka pada November 2018, dan 10.7 peratus lebih tinggi daripada purata lima tahun untuk bulan November.




StreetSine gugur tindakan mahkamah terhadap institut pemantau



SYARIKAT teknologi maklumat StreetSine Singapore telah menggugurkan tuntutannya terhadap Institut Pemantau dan Penilai Singapura (SISV) dan 26 pihak lain, menandakan berakhirnya pertikaian selama tiga tahun.



StreetSine dan institut itu mencapai persetujuan selepas satu proses pengantaraan yang dimulakan oleh mahkamah, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak semalam, lapor The Straits Times.



StreetSine mengendalikan SRX Property, sebuah platform digital yang menawarkan perkhidmatan berkaitan hartanah, seperti senarai hartanah.



SISV pula badan nasional yang mewakili profesional dalam industri hartanah dan pembinaan seperti pemantau tanah, penilai, pengurus hartanah, dan ejen hartanah.



Pertikaian itu tercetus daripada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh institut itu pada April 2016, menyatakan bahawa "nilai yang dihasilkan komputer tidak dianggap sebagai penilaian (sejajar dengan Garis Panduan Piawaian dan Amalan Penilaian SISV) dan oleh itu tidak diiktiraf oleh institut ini".




Pasaran Asia jatuh jelang tarikh akhir tarif 15 Disember



HONG KONG: Pasaran Asia jatuh pagi semalam sedang pelabur memantau dengan prihatin perundingan perdagangan Amerika Syarikat-China dengan kurang seminggu sehingga Washington sepatutnya mengenakan tarif ke atas barangan China.



Kebanyakan pemerhati percaya kedua-dua negara kuasa besar itu akhirnya akan menghasilkan perjanjian separa sebagai sebahagian daripada perjanjian yang lebih luas.



Meskipun minggu ini sibuk dengan pelbagai kegiatan termasuk pilihan raya umum Britain dan keputusan bank pusat di Amerika dan Eropah, pemerhati berkata perundingan China-Amerika ialah keprihatinan utama.



Kebimbangan paling besar adalah dengan tarikh akhir 15 Disember bakal tiba, Presiden Amerika Donald Trump belum lagi membatalkan cukai yang dirancang ke atas barangan China bernilai AS$160 bilion ($218 bilion), yang dijangka boleh menjejas perundingan yang berlarutan itu. - AFP.




Singapura lokasi Asia ketujuh paling mahal untuk ekspat



SINGAPURA kini muncul sebagai lokasi ketujuh paling mahal di Asia untuk pekerja ekspatriat dan ke-13 paling mahal di dunia.



Ini merupakan antara dapatan terbaru tinjauan Kos Sara Hidup yang diterbitkan oleh ECA International, penyedia maklumat dan sofwe untuk pengurusan dan pengerahan kakitangan ke serata dunia.



"Meskipun dengan kadar inflasi rendah dan pertumbuhan perdagangan global yang lemah, Singapura naik lima tempat menjadi bandar paling mahal ke-13 di dunia didorong kekuatan dolar Singapura yang berterusan.



"Singapura kini lebih mahal untuk ekspatriat daripada Seoul dan Shanghai," kata Pengarah Serantau Asia di ECA International, Encik Lee Quane, dalam satu kenyataan media semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >