Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Singapura ke-10 di dunia dalam senarai kekayaan setiap orang dewasa, paling tinggi di Asia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Singapura ke-10 di dunia dalam senarai kekayaan setiap orang dewasa, paling tinggi di Asia

Nov 22, 2016 | 02:46 PM



SINGAPURA kini ditangga ke-10 di dunia dari segi kekayaan keluarga bagi setiap orang dewasa, jatuh daripada tangga kelapan tahun lalu tetapi masih paling atas di Asia.



Demikian menurut laporan yang dikeluarkan pada Selasa (22 Nov) oleh Institut Penyelidikan Credit Suisse.



Kekayaan setiap orang dewasa meningkat 1.4 peratus kepada AS$277,000 ($394,000) pada 2016. Ini berbanding kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6 peratus dari 2000 hingga 2016 hasil simpanan tinggi, kenaikan harga aset dan dolar Singapura yang semakin meningkat dari 2005 hingga 2012.



'Kekayaan' dalam kajian ini termasuk harga atau nilai rumah seseorang dan nilai aset kewangan seperti simpanan bank, saham dan bon.



Kekayaan setiap orang dewasa di sini dijangka meningkat 2.2 peratus setahun mencapai AS$309,000 pada 2021, kata Credit Suisse dalam tahunan Laporan Kekayaan Global ketujuh.



Jumlah kekayaan keluarga Singapura berkembang 2.9 peratus pada 2016 mencapai AS$1.1 trilion, menterbalikkan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1 trilion pada 2015.



Tetapi kekayaan keluarga di sini akan meningkat pada kadar 3.5 peratus setahun sepanjang lima tahun akan datang, mencapai AS$ 1.4 trilion pada 2021, mengikut unjuran Credit Suisse.



Laporan itu mendapati pengagihan kekayaan di Singapura "tidak sama rata secara sederhana", dengan 18 peratus orang dewasa mempunyai kekayaan kurang AS$10,000, berbanding 73 peratus di peringkat global.



Rakyat Singapura juga telah maju dengan pesat dalam piramid kekayaan, dengan 50 peratus orang dewasa kini mempunyai kekayaan bernilai lebih AS$100,000, berbanding 21 peratus pada 2000, manakala mereka yang mempunyai kekayaan kurang AS$100,000 berkurangan daripada 79 peratus kepada 50 peratus.



Bilangan jutawan meningkat 2 peratus kepada 150,000 orang pada 2016, dengan kekayaan gabungan berjumlah AS$541 bilion.



Individu kaya raya, atau memiliki nilai bersih sangat tinggi melebihi AS$50 juta seorang, bertambah lebih cepat pada 14.2 peratus kepada 885.



Bilangan jutawan dijangka berkembang 4.2 peratus setahun kepada 185,000 pada 2021.



Aset kewangan membentuk 54 peratus daripada kekayaan kasar keluarga di Singapura, nisbah yang sama dengan Switzerland dan Britain.



Hutang purata AS$54,800 bagi setiap orang dewasa di sini sederhana bagi negara berkekayaan tinggi, membentuk 17 peratus daripada jumlah aset, kata Credit Suisse.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >