Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

S'pura-NZ sahkan perjanjian kerjasama rapat ekon dua hala

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S'pura-NZ sahkan perjanjian kerjasama rapat ekon dua hala

Dec 31, 2019 | 05:30 AM



PERJANJIAN antara New Zealand dengan Singapura mengenai Kerjasama Ekonomi Lebih Rapat (ANZSCEP) yang dipertingkat telah disahkan oleh kedua-dua negara dan akan berkuat kuasa esok.



Perjanjian yang dipertingkat itu menambah babak mengenai kerjasama e-dagangan dan pengawalseliaan kepada ANZSCEP, menurut satu kenyataan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.



ANZSCEP, yang bermula 1 Januari 2001, merupakan Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) dua hala pertama bagi Singapura dan kedua bagi New Zealand.



Perjanjian tersebut akan menangani isu perdagangan moden dan memperbaiki peraturan perdagangan dan peruntukan yang selaras dengan FTA baru yang dimeterai Singapura dan New Zealand.



Menulis di Facebook semalam, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura, Encik Chan Chun Sing, berkata: "Pengesahan dan penguatkuasaan pantas ANZSCEP yang dinaik taraf ini menandakan komitmen Singapura dan New Zealand untuk menegakkan sistem dagangan terbuka dan berdasarkan peraturan."



Perundingan untuk ANZSCEP yang dipertingkat telah dilancarkan pada Jun 2017. ANZSCEP yang dinaik taraf telah ditandatangani pada 17 Mei 2019 semasa lawatan rasmi pertama Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, ke Singapura.



Perjanjian itu mempunyai antara peraturan yang paling fleksibel dan mempermudahkan dagangan dalam kalangan FTA yang dimeterai Singapura, serta masa pelepasan kastam terpendek untuk barangan dan penghantaran yang dipercepat.



"Perjanjian yang diberi nafas moden ini akan mengurangkan lagi halangan untuk perdagangan dan meningkatkan kerjasama pengawalseliaan dan usaha e-dagang, yang memberi manfaat kepada perniagaan dari kedua-dua negara kita.



"Saya berharap dapat memperkukuh lagi hubungan ekonomi antara negara kita," kata Encik Chan.



Singapura dan New Zealand merupakan sebahagian daripada Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) melibatkan 12 negara, yang kemudian memberi laluan kepada Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP), selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menarik diri daripada TPP.



Semua tarif bagi eksport Singapura ke New Zealand telah ditiadakan di bawah ANZSCEP apabila ia berkuatkuasa pada 2001.



Perjanjian itu juga menyediakan pilihan tarif berdasarkan pengisytiharan pengeksport, perlindungan bagi akses pasaran, dan perlindungan untuk pelabur dan pelaburan Singapura di New Zealand.



FTA memastikan persekitaran operasi yang lebih mampu diramalkan untuk pembekal perkhidmatan.



"Perjanjian yang diberi nafas moden ini akan mengurangkan lagi halangan untuk perdagangan dan meningkatkan kerjasama pengawalseliaan dan usaha e-dagang, yang memberi manfaat kepada perniagaan dari kedua-dua negara kita."
- Menteri Perdagangan dan Perusahaan S'pura, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >