Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Surat amaran bagi individu yang hutang kredit tanpa jaminan berlebihan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Surat amaran bagi individu yang hutang kredit tanpa jaminan berlebihan

May 21, 2019 | 05:30 AM



PEMINJAM yang memiliki hutang tanpa jaminan yang tertunggak melebihi 12 kali gaji bulanan mereka akan menerima surat amaran atau pesanan teks daripada institusi kewangan mereka mulai 1 Jun ini.



Ini kerana fasa ketiga dan terakhir bagi had pinjaman akan mula berkuatkuasa, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Ini bermakna mulai 1 Jun peminjam tidak boleh menggunakan kemudahan kredit tanpa jaminan yang sedia ada atau memohon untuk kemudahan kredit tanpa jaminan baru jika jumlah hutang keseluruhan mereka melebihi 12 kali gaji bulanan mereka selama tiga bulan berturut-turut.



Hutang tanpa jaminan atau unsecured debt adalah hutang yang tidak memerlukan cagaran seperti kad kredit, pinjaman peribadi, 'cashline' atau overdraf.



MAS telah pertama kali perkenalkan had pinjaman pada Jun 2015 dengan had 24 kali gaji bulanan kemudian pada 2017, had sebanyak 18 kali gaji bulanan.



Langkah ini bertujuan menolong individu yang mempunyai hutang yang banyak daripada terus berhutang berlebihan.



Had itu yang berdasarkan hutang tertunggak pemiutang berbanding gaji bulanan, dilaksanakan secara bertahap-tahap selama empat tahun bagi memberi masa kepada mereka yang terjejas untuk mengurangkan hutang mereka.



"Individu yang hutang tanpa jaminan mereka tertunggak melebihi had meminjam 12 kali ganda boleh menjangkakan menerima surat amaran atau pesanan teks daripada institusi kewangan mereka mulai 1 Jun.



"Individu boleh memeriksa baki hutang tanpa jaminan mereka itu dengan mendapatkan salinan laporan kredit mereka daripada Biro Kredit Singapura," jelas MAS.



MAS juga menggalakkan individu yang mungkin terjejas supaya mengambil tindakan awal dengan melakukan dua perkara.



"Mereka boleh memberi maklumat pendapatan terkini kepada institusi kewangan atau berbincang awal dengan institusi kewangan mengenai rancangan pembayaran semula yang disetujui bersama atau Pelan Konsolidasi Hutang (DCP) bagi mengurangkan hutang mereka," kata MAS.



DCP menyatukan hutang berbilang akaun daripada semua bank agar satu pelan pembayaran semula hutang secara ansuran pada kadar faedah dimampui boleh diusahakan.



MAS menasihatkan para individu supaya memohon bantuan daripada Kaunseling Kredit Singapura (CCS) jika mereka memerlukan bantuan untuk menguruskan hutang mereka.



Sementara itu, Pengurus Pusat Nasihat Hutang (DAC) AMP, Encik Saiful Nizam Jemain, menasihatkan orang Melayu/Islam yang terjejas agar proaktif meneroka pilihan lebih baik dalam menguruskan hutang mereka seperti mencari jalan mengurangkan perbelanjaan yang bergantung kepada kemudahan kredit mereka.



"Cabaran utama bagi peminjam ini, khususnya yang bergantung kepada kad kredit bagi menyokong perbelanjaan harian mereka, ialah mencari cara alternatif menyara kos sara apabila mereka tidak mempunyai akses sedemikian," ujar beliau.



Menurut Encik Saiful Nizam, satu cabaran lagi ialah ada peminjam tidak mendapatkan bantuan segera daripada badan seperti DAC apabila mereka terjejas.



"Sebaliknya mereka mencari pilihan lain seperti meminjam daripada keluarga atau kawan, pemiutang wang berlesen dan tidak berlesen bagi membayar hutang atau membayar perbelanjaan kredit apabila tidak lagi boleh menggunakan kad kredit mereka.



"Akibatnya, mereka akan menanggung lebih banyak hutang sementara mencari jalan keluar daripada hutang kredit," terangnya.



Berdasarkan pengalaman lalu, Encik Saiful menjangkakan lebih ramai akan mendapatkan bantuan DAC dengan pelaksanaan had pinjaman baru itu.



Pada 2017, 20 peratus daripada klien DAC terjejas oleh pelaksanaan had pinjaman sebanyak 18 kali ganda gaji bulanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >