Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Syarikat tenaga S'pura gulung tikar, jadi mangsa keruntuhan harga minyak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat tenaga S'pura gulung tikar, jadi mangsa keruntuhan harga minyak

Jul 29, 2016 | 07:56 AM



FIRMA perkhidmatan tenaga Swiber Holdings menjadi mangsa tempatan paling besar keruntuhan harga minyak pada Khamis (28 Jul), apabila ia memfailkan permohonan gulung tikar dan dibubar.



Walaupun tidak menyebut alasan tertentu di sebalik langkah tersebut, Swiber, yang kerugian, berkata dalam satu pengumuman berasingan bahawa ia telah menerima beberapa surat tuntutan berjumlah AS$25.9 juta ($35 juta).



Pada masa sama, tiga pengarah eksekutifnya - naib pengerusi Francis Wong; Encik Leonard Tay, yang juga ketua pegawai kewangan; dan Encik Nitish Gupta - telah meletak jawatan.



Kesan hebat daripada pembubaran itu dirasai serta-merta dalam pasaran saham lebih luas, dengan kaunter industri minyak dan gas menerima pukulan pada Khamis.



Saham DBS Group Holdings, pemberi pinjaman utama kepada Swiber, jatuh 2.3 peratus kepada $15.88.



Dalam satu kenyataan pada Khamis, DBS berkata ia mempunyai pendedahan berjumlah kira-kira $700 juta kepada kumpulan Swiber.



Pendedahan itu dalam bentuk pinjaman, bon dan perkara luar kunci kira-kira.



DBS menjangka mendapatkan kembali separuh daripada jumlah itu kerana sebahagian daripada hutang tersebut disokong oleh cagaran.



Bursa Singapura (SGX) pula berkata ia sedang menyiasat potensi kesilapan dalam pendedahan di Swiber.



"Kami telah memantau keadaan di Swiber dan akan menjalankan siasatan terperinci terhadap perkembangan di sana," kata Ketua pegawai peraturan SGX, Encik Tan Boon Gin.



"Syarikat dan individu relevan boleh menjangka kami mengambil tindakan jika sembarang pelanggaran peraturan penyenaraian ditemui."



Kejatuhan tiba-tiba Swiber, sebuah syarikat perkhidmatan tenaga yang mengendalikan 13 kapal binaan dan menggajikan kira-kira 2,700 pekerja, mengejutkan pasaran, walaupun lampu amaran telah berkelip beberapa waktu, terutamanya sedang industri luar pesisir dan marin global terus terjejas teruk dek kejatuhan harga minyak.



Permohonan penggulungan Swiber akan didengar di mahkamah pada 19 Ogos.



Encik Cameron Lindsay Duncan dan Cik Muk Siew Peng daripada firma KordaMentha telah dilantik sebagai pembubar sementara bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >