Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Trump: Perjanjian dagangan bebas dengan London 'mungkin mustahil'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Trump: Perjanjian dagangan bebas dengan London 'mungkin mustahil'

Jul 14, 2018 | 05:30 AM



ENGLAND: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata perjanjian perdagangan bebas dengan Britain mungkin mustahil dilaksana jika London meneruskan usul Perdana Menteri Theresa May bagi jalinan pasca-Brexit bersama Kesatuan Eropah (EU).



Ia satu komen merosakkan yang dapat melebarkan kritikan dalam Britain terhadap usul Cik May berhubung Brexit (Britain meninggalkan EU).



Dalam satu temu bual bersama akhbar Sun Britain yang diterbitkan kelmarin, Encik Trump mengatakan rancangan Cik May bagi Brexit yang mesra perniagaan akan membuat negara itu terlalu rapat dengan EU dan menyukarkan perjanjian perdagangan rentas Atlantik baru dilaksana.



Ini sedangkan hanya beberapa jam sebelum jamuan malam mewah bagi menyambut lawatan pertama Encik Trump ke Britain sebagai presiden, Cik May berusaha bagi satu perjanjian dengan Washington dengan memuji persahabatan antara dua sekutu itu.



Merujuk kepada usul Cik May bagi Brexit, Encik Trump memberitahu Sun, akhbar terlaris Britain:



"Jika mereka melakukan perjanjian seperti itu, ia bermakna kami akan berurusan dengan Kesatuan Eropah dan bukannya berurusan dengan Britain, jadi ia mungkin akan membunuh perjanjian itu."



Encik Trump marah terhadap Cik May kerana mengabaikan nasihatnya mengenai Brexit.



Komen beliau datang pada akhir beberapa hari genting buat Cik May, yang menyaksikan dua menteri kanan meletak jawatan seabgai membantah rancangannya bagi perdagangan dengan EU selepas Britain meninggalkan blok itu Mac depan.



Encik Trump berkata dalam interviu itu bahawa salah seorang daripada menteri tersebut, mantan Setiausaha Luar Boris Johnson, "boleh menjadi Perdana Menteri hebat".



Selepas interviu itu diterbitkan, jurucakap Rumah Putih Sarah Sanders berkata Encik Trump "suka dan menghormati Perdana Menteri May," sambil menambah bahawa dalam interviu itu beliau berkata Cik May "seorang yang sangat baik", dan Encik Trump "tidak pernah mengatakan sembarang perkara buruk mengenai beliau".



Cik May sebelum ini mengatakan beliau tidak percaya rancangan Brexit harus menolak perjanjian perdagangan Britain bersama Amerika.



Rancangan Brexit "mesra perniagaan" Cik May akan meletakkan Britain dalam zon perdagangan bebas bersama EU bagi barangan.



Ia dipersetujui Kabinet beliau hanya Jumaat lalu, selepas perbalahan selama dua tahun sejak rakyat Britain mengundi mahu meninggalkan EU dalam satu pungutan suara. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >