Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Uber diminta terus beroperasi hingga 7 Mei

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Uber diminta terus beroperasi hingga 7 Mei

Apr 14, 2018 | 05:30 AM



WADAH penyedia kereta sewa swasta Uber telah diminta untuk terus beroperasi di Singapura sehingga 7 Mei.



Ini merupakan arahan lanjutan bagi Uber selepas ia sebelum ini diminta untuk meneruskan operasinya sehingga 8 April dan 15 April.



Arahan tersebut dikeluarkan Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) semalam.



Bulan lalu, Uber mengumumkan ia akan menjual operasinya di rantau ini kepada pesaingnya Grab mengakibatkan ketidaktentuan nasib sesetengah pemandu Uber di masa depan.



"Bagi melicinkan tempoh peralihan untuk pemandu dan penumpang, Uber akan terus disediakan di Singapura dan dihentikan pada 7 Mei 2018,'' kata kenyataan CCCS.



Mengulas mengenai perkembangan terbaru itu, ketua Grab Singapore, Encik Lim Kell Jay, berkata pihaknya bersetuju untuk melanjutkan aplikasi Uber sehingga 7 Mei atas permintaan CCCS.



CCCS, sebuah badan pengawalan pemerintah, juga membentangkan beberapa arahan langkah sementara (IMD) bagi memastikan pasaran kekal terbuka dan bersaing menyusuli pembelian Grab itu.



Langkah IMD dilaksanakan serta-merta dan akan berterusan sehingga CCCS selesai membuat siasatan mengenai urusan pembelian itu.



"Kami percaya semakan CCCS mengambil kira industri dinamik yang sentiasa berubah, amat bersaing dan diganggu oleh teknologi dan khidmat baru.



"Langkah sementara itu tidak harus mempunyai kesan menghambat persaingan dan menyekat perniagaan yang telah dilaburkan dalam negara ini saban tahun,'' ujar Encik Lim.



Di bawah arahan langkah sementara itu, CCCS berkata Grab perlu memastikan bahawa pemandu baru yang memasuki perjanjian bagi memandu menggunakan wadah Grab dengan sendiri tidak tertakluk di bawah sebarang ikatan eksklusif, tempoh terikat dan/atau bayaran pembatalan.



Para penyewa kenderaan daripada Lion City Rental (LCR), syarikat sewa dimiliki Uber, bebas memandu sebarang wadah aplikasi kereta sewa privet dan tidak harus menghadapi hambatan seperti kadar sewa lebih tinggi dan kekurangan perlindungan insurans yang mengehadkan keupayaan mereka memandu menggunakan sebarang wadah daripada syarikat kereta sewa privet.



CCCS menegaskan hal itu perlu dimaklumkan kepada para pemandu melalui e-mel.



Grab juga perlu menghentikan aturan eksklusif yang dibuat dengan semua teksi di Singapura, kecuali tidak ada aturan eksklusif antara syarikat teksi dengan wadah penyedia kereta sewa privet pihak ketiga selain Grab.



Semua syarikat pengendali teksi juga perlu membenarkan pemandu teksi memandu bagi platform kereta sewa ketiga bagi tugasan yang mempunyai tambang tetap dan bermeter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >