Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

1,000 jawatan baru dalam industri 5G akan diwujudkan: Iswaran

Inisiatif hasil kerjasama IMDA dengan Pengendali Rangkaian Bimbit (MNO)
Sep 30, 2020 | 05:30 AM



SEKITAR 1,000 jawatan baru dalam industri 5G akan diwujudkan menjelang akhir tahun ini.



Daripada jumlah itu, 30 peratus adalah peranan baru manakala bakinya adalah karyawan telekom yang ada dan akan menjalani latihan semula.



Inisiatif ini akan dijalankan menerusi satu kerjasama di antara Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dengan Pengendali Rangkaian Bimbit (MNO) Singapura, sedang permintaan untuk karyawan 5G dijangka meningkat sementara usaha Singapura memperkenalkan 5G semakin rancak.



Antara contoh peranan bagi mereka yang akan digajikan termasuk jurutera rangkaian 5G, jurutera keselamatan siber, arkitek huraian 5G dan pengurus produk.



Mengumumkan demikian dalam satu acara ConnecTech Asia secara maya semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran, berkata:



"Dalam kita membina perkakasan dan sofwe, pada akhirnya, bakat warga adalah nadi pertumbuhan kita.



"Sebahagian daripada gelombang pertama peluang 5G adalah mewujudkan pekerjaan bagi menyokong prasarana rangkaian."



Latihan pertama bagi para karyawan telekom sedia ada, akan bermula di akhir tahun ini dengan rancangan melatih 5,000 karyawan 5G bagi tiga tahun mendatang.



Untuk memantau pemadanan bakat dengan peluang kerja, IMDA telah menubuhkan jawatankuasa transformasi tenaga kerja 5G dengan setiap daripada empat pengendali rangkaian bimbit menerusi program TechSkills Accelerator.



Jawatankuasa itu akan mengenal pasti tuntutan bakat bagi setiap fungsi rentas telko seperti menjalin rangkaian 5G, keselamatan siber dan kejuruteraan huraian, kata Encik Iswaran.



IMDA akan melantik satu konsortium terdiri daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Politeknik Singapura sebagai Pengurus Program Telekom dan 5G, yang akan menyelaraskan program bagi membangunkan kemahiran bagi sistem eko 5G negara ini.



"Kami akan terus bekerja rapat dengan industri untuk melengkapi tenaga kerja kita dengan kemahiran tepat agar pekerja kita dapat menjamin pekerjaan baik sedang permintaan meningkat dalam bidang teknologi baru seperti 5G.



"Tenaga kerja yang kukuh dan berkemahiran, bersama dengan prasarana 5G dan percubaan adalah penting bagi meluaskan keupayaan Singapura untuk inovasi," tambah Encik Iswaran.



Teknologi 5G lanjut menjanjikan masa melungsur 20 kali lebih pantas daripada rangkaian 4G dan keupayaan menghubungkan 1,000 kali banyak peralatan.



Ia juga dapat menyokong lebih baik aplikasi bermisi penting, seperti navigasi kereta tanpa pemandu dan prosedur pembedahan yang memerlukan keterhubungan lancar.



"Singapura komited untuk melabur dengan banyak dalam 5G kerana adanya peluang menarik untuk perniagaan, pekerja dan individu," ujarnya.



Kini terdapat enam konsortium yang menguji aplikasi 5G bagi pelbagai sektor, daripada estet bijak kepada permainan pengguna.



Dua rangkaian 5G negara ini akan siap menjelang 2025 dan akan dibina oleh Singtel dan secara berasingan, satu usaha sama di antara StarHub dan M1.



Dalam pada itu, Encik Lew Chuen Hong, Ketua Eksekutif IMDA berkata dalam kenyatannya:



"Pembangunan bakat adalah fasa kritikal seterusnya dalam pelaburan kita untuk 5G.



"Usaha ini melanjutkan lagi kerancakan Singapura dalam memperkenalkan rangkaian 5G menyusuli pelaburan kita dalam membina keupayaan prasarana."




"Dalam kita membina perkakasan dan sofwe, pada akhirnya, bakat warga adalah nadi pertumbuhan kita. Sebahagian daripada gelombang pertama peluang 5G adalah mewujudkan pekerjaan bagi menyokong prasarana rangkaian... Kami akan terus bekerja rapat dengan industri untuk melengkapi tenaga kerja kita dengan kemahiran tepat agar pekerja kita dapat menjamin pekerjaan baik sedang permintaan meningkat dalam bidang teknologi baru seperti 5G."
- Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >