Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

13,000 kakitangan DBS belajar AI, kemahiran data

Feb 26, 2025 | 2:49 PM
DBS Bank telah mengenal pasti kira-kira 13,000 kakitangan untuk menjalani latihan kemahiran semula.
DBS Bank telah mengenal pasti kira-kira 13,000 kakitangan untuk menjalani latihan kemahiran semula. - Foto fail

DBS Bank telah mengenal pasti kira-kira 13,000 kakitangan untuk menjalani latihan kemahiran semula dan lebih 10,000 daripada mereka telah pun memulakan latihan kecerdasan buatan (AI) dan kemahiran berkaitan data.

“Kami akan terus melabur dalam meningkatkan kemahiran dan melatih semula pekerja kami untuk membolehkan mereka bersedia untuk masa depan,” kata jurucakap DBS pada 25 Februari.

Pendedahan itu dibuat sehari selepas Bloomberg melaporkan pada 24 Februari bahawa bank tersebut menjangka mengurangkan jumlah pekerja kontrak dan kakitangan sementaranya sebanyak kira-kira 4,000 dalam tempoh tiga tahun akan datang memandangkan AI semakin mengambil alih peranan yang dijalankan oleh manusia.

4,000 kakitangan itu tersebar di merata 19 pasaran di mana DBS beroperasi, dan mereka menjalankan pelbagai projek, kata jurucakap DBS, tanpa menyatakan butiran seperti berapa ramai pekerja Singapura yang terjejas dan peranan mereka.

DBS berkata mereka menjangkakan pengurangan dalam tenaga kerja akan datang daripada pengurangan secara semula jadi kerana peranan sementara dan kontrak ini akan berakhir dalam beberapa tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS, Encik Piyush Gupta, yang bakal mengundur diri, berkata terdapat 8,000 hingga 9,000 kakitangan kontrak dan sementara, menurut laporan Bloomberg.

DBS mempunyai jumlah bilangan kakitangan sekitar 41,000 kakitangan. Kakitangan tetapnya di seluruh pasarannya tidak terjejas, tambah bank itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg