Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

900 pekerja Amazon di gudang UK lancar mogok tiga hari

Jul 10, 2023 | 6:34 PM
PERTIKAI GAJI:  Seorang lelaki memegang papan tanda semasa perhimpunan untuk menyokong pekerja Amazon yang mogok, di luar gudang Amazon di Coventry, Britain, pada 25 Januari 2023.
PERTIKAI GAJI: Seorang lelaki memegang papan tanda semasa perhimpunan untuk menyokong pekerja Amazon yang mogok, di luar gudang Amazon di Coventry, Britain, pada 25 Januari 2023. - Foto REUTERS

BENGALURU: Hampir 900 pekerja Amazon di sebuah gudang di Britain akan mogok selama tiga hari pada minggu ini berhubung pertikaian gaji, kata kesatuan pekerja buruh GMB.

Mogok tersebut diadakan dari Selasa hingga Khamis ini di gudang Amazon di Coventry, selama dua jam pada waktu pagi dan dua jam pada waktu lewat petang selama tiga hari, kata GMB melalui satu kenyataan e-mel kepada Reuters.

Ia bersempena dengan acara penjualan Hari Perdana yang diumumkan syarikat itu pada Selasa dan Rabu.

“Ahli GMB di Coventry telah berulang kali menegaskan bahawa perjuangan ini hanya akan berakhir dengan bayaran £15 ($30) sejam dan hak kesatuan,” kata penganjur kanan GMB, Cik Rachel Fagan.

Amazon, syarikat e-perdagangan terbesar sedunia, berkata gaji permulaan minimum untuk para pekerjanya adalah sebanyak £11 hingga £12 sejam, bergantung pada lokasi.

Lokasi di Coventry tidak menerima pesanan pelanggan secara langsung dan mogok itu tidak akan menimbulkan gangguan kepada pelanggan, kata Amazon kepada Reuters melalui e-mel.

Pada Jun, kesatuan itu berkata bahawa pekerja gudang di Coventry telah mengundi untuk mogok selama enam bulan lagi.

Para pekerja juga telah mogok dari 12 hingga 14 Jun lalu.

Amazon dijangka mencapai keuntungan sebanyak US$7 bilion ($9.4 bilion), hasil daripada penjualan Hari Perdana, peningkatan sebanyak 12 peratus daripada penjualan suku ketiga 2022, menurut J.P. Morgan.

Beberapa industri di Britain baru-baru ini telah mengalami pekerja mogok, termasuk para jururawat, guru pekerja pengangkutan sebagai tindak balas pada tekanan inflasi.

Pada Khamis ini, kesatuan dagangan RMT kata kakitangan dari London Underground akan mogok dari 23 hingga 28 Julai dalam satu pertikaian berpanjangan berkenaan pencen, pemberhentian kerja dan keadaan pekerjaan. – Reuters.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg