Abraham kembali perkuat Villa selepas setuju kontrak $31.6j

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Abraham kembali perkuat Villa selepas setuju kontrak $31.6j

Jan 28, 2026 | 1:53 PM

Abraham kembali perkuat Villa selepas setuju kontrak $31.6j

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
bola sepak, Liga Perdana England (EPL), pemain penyerang England, Tammy Abraham, tandatangani kontrak 18.25 juta paun ($31.6 juta), pindah ke Aston Villa, daripada kelab gergasi Turkey, Besiktas.
Tammy Abraham kembali ke England untuk perkuat Aston Villa selepas berpindah daripada kelab gergasi Turkey, Besiktas. - Foto INSTAGRAM

LONDON: Pemain penyerang England, Tammy Abraham, telah menandatangani kontrak bernilai 18.25 juta paun ($31.6 juta) untuk berpindah ke Aston Villa daripada kelab gergasi Turkey, Besiktas.

Villa mengesahkan kepulangan Abraham adalah untuk memperkukuh barisan serangan sedang kelab itu berusaha merebut kejuaraan Liga Perdana England (EPL).

Abraham kembali beraksi di England selepas lima tahun berkelana di luar negara bersama AS Roma, AC Milan serta Besiktas.

Villa kini hanya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, sedang mereka memburu gelaran liga utama pertama sejak 1981.

Skuad kendalian Unai Emery itu juga disenaraikan antara pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan Liga Europa.

Villa dilaporkan membayar yuran perpindahan bernilai lebih 18 juta paun untuk mendapatkan khidmat Abraham selepas Besiktas mengaktifkan pilihan menukar pinjaman pemain itu dari Roma kepada pemindahan kekal bernilai 11 juta paun pada awal Januari.

Penyerang berusia 28 tahun itu menyimpan kenangan manis di Villa Park semasa tempoh pinjaman ketika bersama Chelsea sebelum ini.

Abraham menyumbat 26 gol dalam 40 penampilan untuk membantu Villa kembali ke EPL.

“Ada kelab yang memberi makna besar dalam perjalanan kerjaya saya dan ia kekal bersama saya,” kata Abraham.

“Saya telah menjaringkan gol, mengharungi cabaran dan berkembang sebagai pemain serta sebagai seorang manusia biasa.

“Saya sudah kembali ke Aston Villa dan kini siap bekerja keras untuk memberikan yang terbaik,” tambahnya.

Abraham meninggalkan Chelsea pada 2021 untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan bersama Roma menerusi pemindahan bernilai 34 juta paun dan membantu kelab Italy itu menjulang piala Eropah pertama mereka menerusi kejuaraan Liga Conference Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) pada musim pertamanya.

Namun, kecederaan pada ligamennya telah menjejas perkembangannya di Rome sebelum beliau menyertai AC Milan secara pinjaman bagi musim 2024 hingga 2025.

Abraham menyertai Besiktas pada Julai 2025 dan menjaringkan 13 gol daripada 26 penampilan dalam semua pertandingan.

Pemain tengah remaja Villa, Yasin Ozcan, yang telah dipinjamkan ke Anderlecht musim ini, menyertai Besiktas sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut.

Abraham kini dijadualkan bermain menentang Brentford pada 1 Februari, walaupun beliau tidak berdaftar untuk bermain dalam pertembungan Liga Europa menentang Red Bull Salzburg pada 29 Januari.

Beliau bukan satu-satunya pemain berprofil tinggi yang dijangka dibeli oleh Villa minggu ini, dengan Douglas Luiz juga dijangka memuktamadkan kepulangannya ke kelab itu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg