Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak syarikat bekas pengendali Cathay terima tuntutan bayaran $18.9j

Dec 30, 2025 | 4:35 PM
cathay cineplex, mm2 Asia, mmLive
Rangkaian pawagam Cathay Cineplex telah ditutup pada awal 2025 akibat hutang bernilai jutaan dolar, dan kini syarikat induknya berdepan risiko ditutup apabila bank dan pemilik premis mula mengeluarkan surat tuntutan. - Foto fail

Anak syarikat kumpulan hiburan mm2 Asia yang sedang menghadapi masalah pada 29 Disember berkata ia telah menerima tuntutan bayaran sebanyak $18.9 juta.

Ini meskipun mm2 Asia telah mendapat perlindungan daripada pemiutang pada awal Disember.

Anak syarikat itu, mmLive, menerima tuntutan undang-undang tersebut pada 23 Disember daripada peguam yang mewakili seorang individu, Encik Yi Xianhuang.

Syarikat itu mempromosikan dan menganjurkan konsert serta persembahan hiburan lain, selain menyewakan alat muzik dan peralatan berkaitan.

Pada 10 Disember, Mahkamah Tinggi membenarkan mm2 Asia dilindungi daripada tuntutan pemiutang dan prosiding undang-undang selama empat bulan, sementara syarikat itu menyusun pelan penstrukturan semula. 

Namun, perlindungan ini tidak meliputi anak syarikatnya seperti mmLive.

Kumpulan hiburan itu menolak untuk mengulas apabila dihubungi The Business Times (BT) mengenai tuntutan bayaran terkini.

Notis daripada Encik Yi itu menyusuli tuntutan bayaran sebanyak $74.6 juta daripada pemberi pinjaman UOB pada 10 November.

Ini hanya tiga hari sebelum mm2 Asia melaporkan kerugian bersih sebanyak $39.7 juta bagi separuh tahun yang berakhir pada 30 September.

Keuntungan operasi bekas pengendali Cathay Cineplex itu merosot sebanyak 53.2 peratus kepada $40 juta bagi separuh kedua tahun kewangan 2026, berbanding $85.4 juta pada tempoh yang sama untuk tahun kewangan 2025.

Rangkaian pawagam ikonik itu ditutup pada awal 2025 akibat hutang bernilai jutaan dolar dan kini syarikat induknya berdepan risiko ditutup apabila bank dan pemilik premis mula mengeluarkan surat tuntutan.

Bagi mengelak penutupan serta-merta oleh bank dan pemiutang kerana mempunyai pinjaman lebih $200 juta yang perlu dilunaskan dalam tempoh setahun, mm2 Asia menggantung dagangan sahamnya.

Langkah ini dilakukan selepas lembaga pengarah menilai bahawa kumpulan itu tidak dapat membuktikan kebolehannya untuk terus beroperasi sebagai entiti yang berterusan.

Saham syarikat terakhir didagangkan pada 0.3 sen pada 10 November.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg