Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aplikasi baru tawar pilihan pembayaran di Bazar Raya Geylang Serai

Feb 26, 2025 | 1:47 PM
Pengunjung yang ingin membeli-belah di Bazar Raya Geylang Serai boleh menikmati lebih banyak kemudahan dan pilihan pembayaran digital apabila mereka membuat bayaran menerusi aplikasi Mplus Aleta, sebuah aplikasi pembayaran digital baru oleh syarikat e-dompet tempatan, Mplus.
Pengunjung yang ingin membeli-belah di Bazar Raya Geylang Serai boleh menikmati lebih banyak kemudahan dan pilihan pembayaran digital apabila mereka membuat bayaran menerusi aplikasi Mplus Aleta, sebuah aplikasi pembayaran digital baru oleh syarikat e-dompet tempatan, Mplus. - Foto MPLUS

Pengunjung yang ingin membeli-belah di Bazar Raya Geylang Serai boleh menikmati lebih banyak kemudahan dan pilihan pembayaran digital apabila mereka membuat bayaran menerusi aplikasi Mplus Aleta, sebuah aplikasi pembayaran digital baru oleh syarikat e-dompet tempatan, Mplus.

Aplikasi tersebut, yang dijana oleh sistem teknologi kewangan (fintech) termaju Aleta Planet, memberikan kemudahan pembayaran digital yang pantas, selamat dan mesra pengguna apabila pengunjung menggunakan aplikasi tersebut untuk membeli-belah di serata 500 gerai yang bakal beroperasi selama 33 hari di bazar tersebut pada Ramadan ini.

Selain pembeli, para peniaga juga boleh meraih manfaat apabila mereka menerima bayaran menerusi aplikasi tersebut kerana mereka boleh menikmati pembayaran yang bukan sahaja selamat dan lancar, malah tidak perlu mengeluarkan yuran transaksi.

Para peniaga juga boleh mula menerima pembayaran dalam masa 24 jam setelah mendaftar.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mplus Singapura, Encik Suhaimi Rafdi, berkata beliau gembira dapat menyokong usaha Singapura ke arah menjadi ekonomi yang lebih digital, di samping memberikan lebih banyak pilihan pembayaran digital bagi peniaga dan pembeli di bazar tersebut.

“Kami teruja untuk memperkenalkan Mplus sebagai pembayaran digital komprehensif yang direka untuk memperkasakan peniaga dan pembeli.

“Peralihan kepada pembayaran tanpa tunai sejajar dengan usaha pendigitalan nasional Singapura dan akan membantu lebih ramai anggota masyarakat menerima transaksi digital.

“Inisiatif ini akan menjadikan urus niaga lebih mudah dan lebih selamat untuk pembeli dan peniaga di bazar, sambil turut menyokong dorongan Singapura ke arah ekonomi yang lebih digital,” katanya.

Bazar Raya Geylang Serai akan beroperasi dari 10 pagi hingga 11.59 malam dari 26 Februari hingga 30 Mac, dan akan dilanjutkan hingga 6 pagi pada 31 Mac bagi memberikan lebih banyak masa untuk pengunjung membuat persiapan terakhir menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi Mplus Aleta dari Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Bagi meraikan pelancarannya, Mplus berkata seramai 3,000 pengguna pertama yang mendaftar dan menambah nilai sebanyak $100 atau lebih akan menerima bonus bernilai $10.

“Inisiatif ini akan menjadikan urus niaga lebih mudah dan lebih selamat untuk pembeli dan peniaga di bazar, sambil turut menyokong dorongan Singapura ke arah ekonomi yang lebih digital.”
Encik Suhaimi Rafdi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mplus Singapura.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg