Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Boeing lihat peningkatan ketara di kilang 737 MAX selepas krisis keselamatan

Jul 22, 2024 | 2:26 PM
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan  (FAA) Amerika Syarikat pada Januari mengambil langkah menghalang Boeing daripada mengeluarkan melebihi 38 pesawat MAX sebulan, sehingga ia berpuas hati dengan peningkatan mutu dan pembuatan syarikat pengeluar pesawat itu. 
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat pada Januari mengambil langkah menghalang Boeing daripada mengeluarkan melebihi 38 pesawat MAX sebulan, sehingga ia berpuas hati dengan peningkatan mutu dan pembuatan syarikat pengeluar pesawat itu.  - Foto AFP

Boeing menyaksikan peningkatan ketara dalam aliran pengeluaran di kilang pesawat 737 MAX-nya ketika pembuat kapal terbang Amerika Syarikat itu bergelut dengan krisis keselamatan.

Bercakap kepada pemberita di London menjelang Pertunjukan Udara Farnborough minggu ini, ketua pesawat komersial baru Boeing, Cik Stephanie Pope, pada 21 Julai, berkata perubahan yang dilakukan di kilangnya di Seattle adalah penting.

“Ini bukan perubahan kecil. Ini perubahan transformasi,” katanya dalam ucapan pertamanya kepada media sejak dilantik awal tahun ini (2024).

“Kami syarikat yang stabil.”

Boeing dilanda krisis selepas panel kabin pada sebuah jet 737 MAX 9 tercabut ketika satu penerbangan pada Januari, menyebabkan kelembapan dalam pengeluaran pesawat terlaris syarikat itu serta meningkatkan pengawasan kawal selia dan undang-undang.

Boeing juga bersetuju mengaku bersalah terhadap pertuduhan konspirasi penipuan jenayah berhubung siasatan berkaitan dua nahas maut 737 MAX sebelum ini, kata Jabatan Kehakiman dalam pemfailan mahkamah.

Cik Pope, bagaimanapun, enggan mengulas mengenai perjanjian pengakuan itu.

Syarikat itu melihat “peningkatan ketara dalam aliran kilang 737 kami,” kata Cik Pope, sambil mengakui bahawa Boeing mengecewakan pelanggan syarikat penerbangan.

Beliau berkata penghantaran Boeing perlu lebih mudah dijangkakan selepas pengeluarannya berkurang.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika pada Januari mengambil langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk menghalang Boeing daripada meningkatkan pengeluaran melebihi 38 pesawat MAX sebulan, sehingga ia berpuas hati dengan peningkatan mutu dan pembuatan syarikat itu.

“Ini bukan mengenai keselamatan dan mutu berbanding jadual,” kata Cik Pope. “Ini bukan keutamaan bersaing.”

Bercakap pada acara yang sama, ketua bahagian pertahanan dan ruang angkasa Boeing itu memberi isyarat bahawa unit tersebut sedang mengalami suku tahun yang sukar.

“Kami mempunyai permulaan yang baik, tetapi suku ini anda akan nampak lebih mencabar,” kata Encik Ted Colbert.

Cik Pope menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) bahagian komersial Boeing sebagai sebahagian rombakan pengurusan lebih luas yang akan menyaksikan CEO David Calhoun meletak jawatan menjelang akhir tahun.

Beliau mengulangi bahawa syarikat itu menjangka untuk membawa semula pengeluaran MAX kepada kadar sekitar 38 sebulan menjelang akhir 2024.

Cik Pope juga berkata Boeing telah menetapkan reka bentuk untuk menangani sistem antiais enjin yang telah menangguhkan pensijilan 737 MAX 7 dengan ketara, dan mencadangkan pembaikan boleh disiapkan menjelang 2025. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg