BT lancar inisiatif ‘BT Global’, rangkumi laporan langsung, analisis ekonomi, niaga Asia Tenggara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BT lancar inisiatif ‘BT Global’, rangkumi laporan langsung, analisis ekonomi, niaga Asia Tenggara

Produk sempena ulang tahun ke-50 BT, antara lain, papar kisah konglomerat keluarga berpengaruh, prinsip hidup pemimpin terkemuka serantau
Jan 26, 2026 | 8:47 PM

BT lancar inisiatif ‘BT Global’, rangkumi laporan langsung, analisis ekonomi, niaga Asia Tenggara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
‘BT Global’, analisis ekonomi, niaga Asia Tenggara
Majlis pelancaran inisiatif baru The Business Times (BT), The Business Global (BT Global), dihadiri (dari kiri) Editor The Business Times Global, Cik Ong Hwee Hwee; Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media, Encik Wong Wei Kong; Pengerusi SPH Media; Encik Khaw Boon Wan; Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi, Dr Tan See Leng; Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media, Encik Chan Yeng Kit; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media; Encik Kuek Yu Chuang; dan Editor The Business Times, Cik Chen Huifen. - Foto BT

Prinsip teras yang kukuh serta kepelbagaian pasaran boleh menjadi strategi berkesan bagi Singapura dan perniagaan yang ingin berkembang di peringkat serantau dan sejagat, sambil mengemudi ketidaktentuan geopolitik.

Penerapan Kecerdasan Buatan (AI) serta keyakinan terhadap potensinya dalam memperkukuh tenaga kerja turut menjadi unsur penting bagi menyokong pertumbuhan tersebut.

Inilah antara penekanan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, semasa sesi perbincangan panel pada pelancaran rasmi The Business Times Global (BT Global) di Hotel The St. Regis di Tanglin Road pada 26 Januari.

BT Global merupakan inisiatif baru akhbar The Business Times (BT), yang menawarkan laporan langsung, serta analisis mendalam mengenai perisikan perniagaan di Asia Tenggara, sekali gus membantu masyarakat serantau dan sejagat menelusuri ekonomi rantau ini yang berkembang pesat.

Pelancaran BT Global juga diadakan sempena ulang tahun ke-50 BT.

Editor BT, Cik Chen Huifen, berkata:

“Semakin banyak perniagaan mula merentas sempadan, dan pasaran kini saling berhubungan lebih rapat berbanding sebelum ini.

“Keupayaan untuk memperluaskan perspektif kami ke luar Singapura serta menyampaikan pandangan serantau dengan lebih mendalam kepada para pembaca merupakan satu perkembangan semula jadi pada detik penting ini.”

Semasa majlis pelancaran tersebut, Editor BT Global dan juga Editor Eksekutif BT, Cik Ong Hwee Hwee, memperkenalkan kandungan BT Global yang merangkumi tiga tema utama – pengetahuan, pengaruh dan kesan.

Antara kandungan khas yang ditawarkan ialah siri pilihan seperti Behind The Name, yang memberi tumpuan kepada konglomerat keluarga berpengaruh di Asia Tenggara. Pembaca boleh memahami bagaimana mereka berkembang dan menyesuaikan diri untuk fasa pertumbuhan seterusnya.

The Leadership Playbook pula mendalami prinsip serta kisah di sebalik pemimpin terkemuka di rantau ini, manakala New Global Order menyaksikan BT Global meneroka kesan terhadap perniagaan, politik dan pelbagai aspek lain akibat landskap dunia yang semakin berubah.

Selain itu, buletin Decoding Asia turut diperkenalkan bagi membantu pembaca memahami dan mengemudi rantau yang berubah dengan pantas.

Dalam pada itu, BT Global akan berperanan sebagai penghubung utama di peringkat serantau dengan menghimpunkan para pemimpin untuk bertukar-tukar pandangan menerusi perbincangan meja bundar peringkat tinggi, forum dan sidang kemuncak mengenai isu-isu serantau.

Misalnya, BT Global akan menjadi penganjur bersama untuk sesi yang menghimpunkan sekumpulan pengasas syarikat di bandar Ho Chi Minh untuk membincangkan bagaimana Singapura dan Vietnam boleh memacu inovasi yang mampan.

Pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) dan mantan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Encik Heng Swee Keat, akan menjadi tetamu terhormat pada acara tersebut, yang dianjurkan bersama Temasek Foundation dan NUS BLOCK71 Vietnam.

Selama sejam, apa yang ingin dicapai BT Global dapat diselami menerusi satu sesi perbincangan panel bertajuk Asean dalam Dunia Multipolar: Rancangan Baru bagi Pertumbuhan dan Kerelevanan.

Selain Dr Tan, panel tersebut menampilkan karyawan seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Bersama Kopi Kenangan, Encik Edward Tirtanata, serta Pengerusi Eksekutif dan Pengasas firma teknologi dari Thailand, Amity, Encik Korawad Chearavanont.

Perbincangan tersebut turut menampilkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SPH, Encik Kuek Yu Chuang, sebagai moderator.

Panel tersebut membincangkan bagaimana perniagaan dan penggubal dasar boleh mendekati isu kepelbagaian rantaian bekalan, membina hubungan yang kukuh, mengharungi cabaran pertumbuhan perniagaan di rantau Asia Tenggara, memanfaatkan AI dengan berkesan, serta mengemudi ketidaktentuan geopolitik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg