Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BYD kereta terlaris di S’pura bagi 4 bulan pertama 2025 

May 15, 2025 | 2:36 PM
byd, laris, tesla, toyota, 2205
Dalam empat bulan pertama 2025, BYD menjual 3,002 kereta berbanding 2,050 oleh Toyota dan 535 bagi Tesla. - Foto fail

Syarikat BYD dari China telah menjadi jenama kenderaan paling popular di Singapura setakat ini pada 2025, mengatasi jualan Toyota buat kali pertama.

Ia berlaku ketika pengeluar kenderaan elektrik (EV) yang pesat berkembang itu mempergiat usaha mengembangkan jualan di pasaran antarabangsa.

Dalam empat bulan pertama 2025, BYD menjual 3,002 buah kereta, atau 20 peratus daripada jumlah jualan kenderaan di Singapura.

Toyota dan pesaing utama EV BYD, Tesla, masing-masing menjual 2,050 dan 535 unit dalam tempoh yang sama.

Sebelum ini, Toyota mendominasi pasaran Singapura, di mana jumlah kenderaan dikawal melalui sistem sijil yang mahal, dengan jualan 7,876 unit pada 2024, berbanding 6,191 jualan BYD.

Pertumbuhan jualan kukuh BYD di Singapura menonjolkan usaha syarikat untuk memberi tumpuan kepada pasaran luar negara di tengah persaingan harga sengit di China.

Menurut agensi berita, Reuters, pada Mei, pengeluar kereta nombor satu China itu merancang untuk menjual separuh daripada kenderaan mereka di luar China menjelang 2030, menjadikannya pesaing utama pengeluar kereta terbesar dunia.

BYD memasuki pasaran kereta pengguna di Singapura pada 2022, lebih setahun selepas Tesla, tetapi sejak itu melaporkan pertumbuhan jualan lebih kukuh.

Sebagai contoh, pada 2023, jualan BYD naik hampir dua kali ganda kepada 1,416 unit, manakala jualan Tesla hanya meningkat 7 peratus kepada 941 unit dalam tempoh yang sama.

Singapura adalah salah satu bandar paling mahal di dunia untuk memiliki kereta, di mana SUV BYD Atto 3 berharga sekurang-kurangnya $165,888 dan Toyota Corolla Altis yang sebanding dianggarkan berharga sekitar $170,888.

BYD telah memperoleh kejayaan awal di Asia Tenggara, dengan Thailand menjadi pasaran luar negara terbesar, sementara syarikat itu merancang untuk berkembang ke Eropah dan Amerika Latin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg