Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BYD China guna sistem pandu autonomi termaju Huawei dalam EV lasak

Aug 28, 2024 | 4:52 PM
BYD
Pengunjung melihat kenderaan konsep elektrik Fangchengbao Super 9 BYD yang dipamerkan di Pameran Automotif Antarabangsa Beijing, atau Auto China 2024, di Beijing, China, pada 25 April. - Foto REUTERS

Gergasi kenderaan elektrik (EV) China, BYD, telah menandatangani perjanjian dengan Huawei untuk menggunakan sistem pandu autonomi termaju buatan konglomerat teknologi China itu dalam jenama EV Fangchengbao, yang turut mengeluarkan kenderaan lasak.

Kenderaan lasak model Bao 8 akan menjadi model pertama yang menggunakan sistem pemanduan pintar Qiankun Huawei dan mula dijual pada akhir 2024.

Kerjasama itu menyusuli usaha BYD bergerak ke peringkat atas dengan tujuan meningkatkan jualan jenama premium Denza, Fangchengbao dan Yangwang untuk meningkatkan keuntungan.

Tiga jenama itu menyumbang hanya 5 peratus daripada jumlah jualannya pada separuh pertama, menurut data daripada Persatuan Pengilang Automobil China.

Penggunaan teknologi Huawei juga menggariskan tekanan yang dihadapi BYD untuk mengejar pesaing dalam meningkatkan konfigurasi pemanduan pintar dengan pembangunan dalaman.

BYD telah menguasai pasaran EV dengan ketara berkat strategi penyepaduan dengan membuat komponen utama seperti bateri sendiri.

Syarikat itu telah banyak melabur dalam membangunkan sistem bantuan pemandu (Adas) termaju sendiri dengan mengambil ribuan jurutera sejak 2023.

Ia masih bergantung kepada pembekal luar untuk ciri pintar tersebut dalam model kelas atasan, termasuk menggunakan Adas Momenta dalam kereta Denzanya.

Perkongsian dengan Huawei juga mencerminkan kehadiran syarikat teknologi China yang semakin meningkat dalam sektor EV sebagai pembekal utama Adas.

Audi Volkswagen juga akan menggunakan Adas Huawei dalam EV-nya untuk pasaran China. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg