Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Inchcape+ buka bilik pameran EV komersial BYD di S’pura

Jan 22, 2025 | 1:57 PM
Pembukaan bilik pameran BYD seluas 2,000 kaki persegi itu diadakan selepas Inchcape dilantik sebagai pengedar jenama itu pada 2023.
Pembukaan bilik pameran BYD seluas 2,000 kaki persegi itu diadakan selepas Inchcape dilantik sebagai pengedar jenama itu pada 2023. - Foto BT

Inchcape+, anak syarikat pengedar automotif yang tersenarai di Bursa Saham London, Inchcape, membuka bilik pameran BYD di Singapura pada 21 Januari dan menandatangani perjanjian dengan ComfortDelGro (CDG) untuk mempromosikan penggunaan kumpulan kenderaan komersial.

BYD adalah syarikat dari China yang dikenali kerana menghasilkan kenderaan elektrik (EV).

Hab Mobiliti Komersial BYD sebesar 2,000 kaki persegi di 1 Corporation Drive di Jurong itu menelan belanja sekitar $300,000 untuk dibangunkan dan direka bentuk untuk mempamerkan teknologi kenderaan komersial elektrik BYD.

Pelanggan boleh mempelajari cara trak elektrik dan penyelesaian pengecasan boleh disesuaikan untuk tujuan perniagaan mereka, dan juga boleh memandu uji kenderaan, lapor The Business Times (BT).

Pengarah urusan BYD Singapura dan Filipina, Encik James Ng berkata walaupun mempunyai bilik pameran khusus untuk kenderaan komersial bukan perkara biasa, kemudahan itu menunjukkan kepentingan yang BYD letakkan dalam memaklumkan pelanggannya mengenai teknologi EV dan meningkatkan pengalaman membeli mereka.

Inchcape+ ialah anak syarikat yang merupakan pengedar sah trak elektrik berat T9R BYD, yang dilantik pada Disember 2023.

Perkongsian dengan CDG bertujuan menyediakan kumpulan EV komersial dengan penyelesaian elektrik.

Inchcape+ akan menyediakan trak elektrik BYD kepada kumpulan kenderaan itu, yang disesuaikan untuk keperluan operasi setiap perniagaan.

CDG akan menyediakan prasarana pengecasan dan sokongan pembiayaan projek, yang termasuk skim pemajakan untuk EV tersebut.

Pengarah kenderaan komersial di Inchcape, Encik Li Zhengxi berkata prasarana dan peranti pengecasan adalah aspek utama dalam penggunaan kenderaan komersial elektrik dan perkongsian Inchcape dengan CDG akan membantu menangani keperluan pengecasan yang berbeza-beza dalam kalangan perusahaan.

Di Singapura, Inchcape paling dikenali sebagai syarikat induk Borneo Motors, pengedar dan penjual Toyota, Lexus dan Hino, serta Champion Motors, yang mengedarkan Suzuki.

Pembukaan itu juga menandakan pelancaran rasmi BYD T9R, yang mempunyai jarak 320 kilometer.

Pada kelajuan pengecasan terpantas, trak itu boleh dicas daripada 20 hingga 80 peratus dalam masa kira-kira satu jam.

Di Ekspo Pengangkutan dan Komersial Antarabangsa Singapura pada 2024, Inchcape menandakan tempahan pertama bagi 100 trak BYD T9R.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg