Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pemeran di Singapore Expo dari 27 – 30 Julai sasar penjualan $2j

Cempedak, longan Sarawak antara tarikan M’sia Fest 2023

Jul 10, 2023 | 06:50 PM



Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Malaysia menganggarkan sasaran jualan sebanyak RM10 juta ($2 juta) dengan nilai potensi eksport sebanyak RM25 juta ($7 juta) dalam Ekspo Malaysia Fest 2023 edisi keenam, yang berlangsung selama empat hari di Singapore Expo dari 27 hingga 30 Julai.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Fama dan kerjasama MegaXpress International menjangka seramai 120,000 orang akan mengunjungi ekspo yang bertema  ‘Explore the Unique Taste of Malaysia’ itu.

Sebanyak 278 gerai disediakan untuk usahawan Malaysia mempromosikan pelbagai produk agro makanan, khidmat pelancongan dan penjualan kraftangan Malaysia di pameran itu.

Antara tarikan utama ialah kemunculan buah-buahan bermusim setempat seperti cempedak dari Perlis dan Johor, cuka dokong dari Kelantan, petai dari Perak serta buah longan kristal dari Sarawak.

“Penganjuran ekspo ini dinantikan bagi warga Singapura yang selalunya menggemari makanan dan melancong. Sebelum ini, kami juga berdepan dengan permintaan yang tinggi untuk mengadakan ekspo ini empat kali dalam setahun,” dedah Pengurus Besar MegaXpress International, Encik Hamzah Abdullah.

Justeru, ini adalah peluang untuk warga Singapura meneroka pelbagai cita rasa makanan, produk popular dan menikmati persembahan budaya dari Malaysia.

Buat kali pertama juga, sesi padanan perniagaan akan diadakan untuk memberi peluang kepada para peniaga yang mengambil bahagian agar menjalin kerjasama seperti mendapatkan pengimport berpotensi bagi mengembangkan pasaran ke Singapura.

Dengan sambutan yang baik pada 2022, ekspo ini adalah satu wadah bagi usahawan setempat memulihkan kembali ekonomi perniagaan mereka dan memastikan produk agro makanan mendapat sambutan di pasaran sejagat sambil mempromosikan sektor agro pelancongan.

Selain itu, aspek kebajikan juga tidak dilupakan di ekspo ini.

“Setiap pameran yang dianjurkan, kami akan memilih benefisiari yang akan dapatkan dana menerusi sumbangan orang awam dan orang terkenal. Kami mempunyai pelbagai benefisiari selain Masjid Al-Amin kali ini,” tambah Encik Hamzah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >