China, Indonesia, M’sia kekal pasaran utama Lapangan Terbang Changi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

China, Indonesia, M’sia kekal pasaran utama Lapangan Terbang Changi

Changi turut catat rekod 69.98j penumpang pada 2025
Jan 22, 2026 | 4:54 PM

China, Indonesia, M’sia kekal pasaran utama Lapangan Terbang Changi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
China, indonesia, malaysia, lapangan terbang changi, pasaran utama, rekod penumpang
Lapangan Terbang Changi mengendalikan jumlah penumpang tertinggi pernah direkodkan, iaitu 69.98 juta orang pada 2025, mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 68.3 juta penumpang yang dicatatkan pada 2019. - Foto fail

China, Indonesia dan Malaysia merupakan pasaran penumpang utama bagi Lapangan Terbang Changi pada 2025, kata pengendali lapangan terbang itu pada 22 Januari.

Angka ini melangkaui rekod tertinggi sebelum pandemik, iaitu 68.3 juta penumpang pada 2019, sebelum penerbangan digantung dan perjalanan udara global tergendala akibat Covid-19.

Trafik penumpang pada 2025 juga melonjak 3.4 peratus berbanding 2024, yang mana Changi menguruskan 67.7 juta penumpang.

Disember 2025 merupakan bulan paling sibuk, dengan 6.3 juta pergerakan penumpang, berdasarkan statistik Changi Airport Group (CAG).

Tarikh 20 Disember – Sabtu sebelum Krismas – merupakan hari puncak kesibukan, menyaksikan lebih 223,000 penumpang berlegar di lapangan terbang itu.

China mendahului sebagai pasaran penumpang terbesar Changi pada 2025, diikuti Indonesia, Malaysia, Australia, India dan Thailand, kata CAG.

China juga mencatat pertumbuhan paling kukuh, dengan pergerakan penumpang meningkat sebanyak 12.2 peratus berbanding 2024.

Vietnam dan Jepun tampil sebagai pasaran pertumbuhan terpantas, masing-masing dengan lonjakan tahunan sebanyak 9.8 peratus dan 7 peratus.

Laluan udara paling sibuk pada 2025 ialah Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Bali (Denpasar) dan Hong Kong.

Lapangan Terbang Changi mengendalikan 374,000 pergerakan pesawat – merangkumi pendaratan dan pelepasan – pada 2025, peningkatan 2.2 peratus berbanding 2024.

Rangkaian penerbangan lapangan terbang itu turut mengembang pada kadar luar biasa.

CAG berkata sebanyak 13 laluan bandar baru ditambah pada 2025, menjadikannya tahun paling kukuh bagi pertumbuhan rangkaian.

Destinasi baru tersebut ialah Changchun, Harbin, Lanzhou, Yichang dan Zhangjiajie di China; Labuan Bajo, Padang dan Semarang di Indonesia; Vienna di Austria; Vijayawada di India; Kota Bharu di Malaysia; Ulaanbaatar di Mongolia; serta Nha Trang di Vietnam.

Changi turut menyambut dua syarikat penerbangan penumpang baru: MIAT Mongolian Airlines dan Pelita Air yang berpangkalan di Jakarta.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CAG, Encik Yam Kum Weng, berkata Changi mempamerkan prestasi kukuh, didorong oleh rekod trafik penumpang, pelebaran rangkaian serta prestasi kargo udara yang mantap meskipun berdepan ketidaktentuan global.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata lapangan terbang itu akan terus melebarkan sayap rangkaiannya di Asia, terutama ke bandar-bandar yang sedang membangun, di samping mempertingkatkan kecekapan dan pengalaman pengembara.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan Changi kekal di barisan hadapan industri penerbangan, dengan menawarkan pengalaman lapangan terbang yang cemerlang kepada pengembara serta berfungsi sebagai pintu masuk utama ke rantau ini,” kata Encik Yam.

Sehingga Januari 2026, sekitar 100 syarikat penerbangan mengendalikan lebih 7,300 penerbangan berjadual setiap minggu di Changi, menghubungkan Singapura dengan lebih 170 bandar di 50 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Sasarannya adalah untuk mempunyai lebih 200 sambungan bandar menjelang pertengahan 2030-an, apabila Terminal 5 dibuka.

Terminal tersebut dijangka meningkatkan kapasiti penumpang tahunan lapangan terbang itu lebih 55 peratus, daripada 90 juta ketika ini kepada 140 juta.

Lapangan Terbang Changi mengendalikan 2.08 juta tan kargo udara pada 2025, meningkat 4.5 peratus berbanding 2024, sekali gus mencatatkan antara prestasi kargo terbaik dalam sejarahnya.

Lima pasaran kargo udara utama ialah China, Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong dan India, kata CAG.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg