Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

China kekal pasaran pelaburan penting bagi Temasek, GIC

Sep 14, 2023 | 02:27 PM



Temasek Holdings, firma pelaburan pemerintah masih berminat pada pasaran pelaburan di China, kata seorang eksekutif kanan.

Ini sedangkan melabur di China, ekonomi kedua terbesar di dunia lebih mencabar berlatar ekonomi sedunia yang berkembang kian perlahan dan keadaan tegang antara China dengan negara-negara Barat.

Bercakap di Sidang Kemuncak Asia Institut Milken di Singapura pada Rabu, 13 September, ketua Temasek di China, Encik Yibing Wu, berkata beliau melihat peluang menarik di China dalam bidang seperti pengilangan lanjutan dan peralihan tenaga.

“Walaupun orang ramai cenderung melihat pada kelemahan dalam sektor tradisional seperti pengilangan tradisional atau hartanah, mereka gagal melihat pada sektor baru yang bakal muncul,” kata Encik Wu.

China membentuk 22 peratus daripada portfolio Temasek, yang berada di kalangan 10 pelabur terbesar di dunia dengan nilai portfolio bersih $382 bilion pada Mac 2023, menurut laman webnya.

Contoh pelaburan Temasek termasuk firma e-dagang China, JD.com, syarikat teknologi, Alibaba, dan peminjam kedua terbesar China, Bank China Construction.

Sementara itu, dana kekayaan negara Singapura GIC sedang memperkukuh tumpuannya pada sebahagian sektor di China yang disukaimnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Encik Lim Chow Kiat.

“Kami yakin boleh melabur di China,” kata Encik Lim di sidang kemuncak itu. “Sebagai contoh, ada sektor tertentu di China yang merupakan pendahulu di peringkat dunia dalam teknologi hijau.”

Daya tarik China bagi pelabur sedunia hilang terjejas berhubung percubaan China untuk bangkit dan ketegangan dengan Amerika Syarikat dalam perdagangan , teknologi dan hubungan dengan Taiwan.

Pihak berkuasa di China dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah melaksanakan beberapa perkara yang bertujuan melonggarkan peraturan pinjaman untuk menyokong sektor hartanahnya yang dibebarni hutang sejak 2021.

Pengasas sama dan pengarah pengurusan firma penyelidikan bebas Plenum di China, Encik Chen Long, berkata beliau melihat senario yang baik bagi perumahan yang dijadual dilakukan pada tahun depan dan ekonomi yang semakin stabil. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >