Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Citi Private Bank lancar khidmat nasihat dermawan baru di S’pura

Mar 19, 2025 | 6:01 PM
Tawaran itu ditubuhkan dengan kerjasama dua badan amal di Republik ini.
Tawaran itu ditubuhkan dengan kerjasama dua badan amal di Republik ini. - Foto REUTERS

Cabang perbankan privet Citi telah melancarkan satu khidmat nasihat baru di Asia mengenai penyelesaian kedermawanan, bermula dengan Singapura, di tengah-tengah permintaan yang meningkat daripada pelanggan untuk perkhidmatan sedemikian.

Khidmat penyelesaian itu melengkapkan produk dan khidmat nasihat pengurusan kekayaan dan kedermawanan yang ada kini yang sudah tersedia untuk pelanggan bernilai ultra-tinggi di Amerika Syarikat, kata bank itu pada 19 Mac.

Tawaran baru itu membolehkan pelanggan Citi mewujudkan dana mengikut nasihat penderma atau derma dana melalui rakan kongsi amalnya, memandangkan landskap pejabat keluarga Singapura dan Hong Kong terus berkembang dan disokong oleh inisiatif baru, tambah Citi.

Pelanggan juga boleh terus membiayai derma secara langsung kepada gerakan sosial dan mempunyai akses kepada nasihat dermawan Citi Private Bank, yang menyediakan bimbingan dermawan serta rangka kerja tadbir urus dan program, lapor The Business Times.

Encik Lee Lung-Nien, pengerusi Asia Selatan di Citi Private Bank, berkata tawaran itu memenuhi trend pelanggan yang mahukan pendekatan yang lebih tersusun dan tersuai untuk memberi derma.

Penyelesaian itu dilancarkan dengan kerjasama dua badan amal berdaftar di Singapura – Yayasan Masyarakat Singapura dan Rangkaian Usaha Kedermawanan Asia (AVPN).

Kumpulan pejabat keluarga global Citi Private Bank akan memudahkan hubungan antara pelanggan dengan badan amal masing-masing untuk menyelaraskan gerakan sosial dan program yang berpotensi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg